Pengumuman rasmi: Suarez lulus ujian kecegasan



---Suarez lulus ujian perubatan, urusan perpindahan akan selesai esok---

Sumber dari Liverpoolfc.tv yang kini menyatakan bahawa Luis Suarez telah lulus ujian perubatan dan kini pihak Liverpool sedang berusaha untuk menyiapkan segala dokumen perjanjian Kontrak untuk menyelesaikan urusan perpindahan yang dikecapi antara Liverpool dan Ajax.

Dengan ini secara rasmi pihak pengurusan Liverpool melaporkan, segala urusan berkenaan kontrak akan diselesaikan esok dengan yuran perpindahan sekitar 26.5juta. dengan ini seluruh pihak yang berkaitan dengan Liverpool akan merasakan kehangatan kedatangan Suarez di kem latihan Melwood.

Tetapi, kini pula seluruh penyokong sedang dalam keadaan tertunggu-tunggu berkenaan hal keputusan rasmi dari pihak kelab mengenai urusan perpindahan Torres yang dikatakan ingin menyertai Chelsea yang kini dikendalikan oleh Carlo Ancelotti.

Tambahan lagi kini sedang hangat diperkatakan disegenap sudut media, yang kini pemilik Chelsea, Roman Abramovich , sanggup berbelanja besar untuk menawarkan yuran perpindahan yang besar sekitar 50 juta. Ataupun sekitar 42 juta dan ditambah dengan Nicolas Anelka.


---Torres menjalani latihan di kem melwood secara berseorangan---

Namun menurut sumber juga, mengatakan kini Liverpool juga menolak untuk segala tawaran yang diberikan oleh Chelsea, dan pada hari ini, Torres muncul di kem latihan Liverpool iaitu di Melwood, dan dilihat hanya menjalani latihan ringan secara berseorangan.

Secara jujurnya dari saya (penulis), diharapkan agar Torres terus kekal di Liverpool untuk membuktikan kesetiannya kepada kelab dan kepada penyokong yang tidak jemu-jemu menyokong dia walaupun pada kembalinya dia dari kempen piala dunia tahun lepas dengan keadaan yang cedera dan keadaan ketajamannya untuk menjaringkan gol semakin lupus.

Namun peminat, tidak pernah leka dan ragu dengannya dan terus kekal menyokongnya, dan adakah patut setelah kembalinya dia mendapat sentuhan berbisa dibawah pemantauan Kenny Daglish, dan lepas itu mahu meninggalkan kelab.

Persoalan ini hanya boleh dijawap oleh Torres sendiri dan dia patut memikirkan, jasa kelab kepadanya dan jasa seluruh peminat yang tidak jemu menyokong dirinya dan menyayikan namanya, tidak kira sama ada di puncak prestasinya mahupun di tahap kejatuhan prestasinya.
Renungkan lah dan pikirkan lah....


Luis Suarez diharapkan untuk menyelesaikan pemindahan dari Ajax ke Liverpool pada hari Isnin selepas berjaya melewati ujian kesihatan akhir pekan ini.

Club meluluskan kos hingga Euro 26.5million dengan Ajax untuk pemindahan antarabangsa Uruguay pada hari Jumaat dan malam ini Liverpool FC juru bicara mengatakan: "Luis Suarez berjaya melalui istilah nya perubatan dan peribadi dengan pemain telah disepakati Kita harapkan. untuk menyelesaikan sisa besok dokumen. "

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger