Mengapa Jual Torres ke Chelsea selepas Reds berjaya dapatkan Suarez



Dengan berita yang telah diakui oleh LFCTV yang menyatakan bahaw, memang benar Chelsea telah membuat bidaan untuk dapatkan Torres dan juga memburukkan keadaan Torres juga dikatakan mahu berpindah untuk menyertai Chelsea.

Bagi pendapat saya (penulis), jika benar keputusan untuk menjual Torres akan membuktikan Liverpool telah secara rasminya mengibarkan bendera putih untuk segala matlamat untuk membangunkan Kelab dan menjadikan Liverpool kembali berbisa seperti era kegemilangan dahulu.

Hal ini kerana, Suarez baru menyertai Liverpool dan pastinya dia akan menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan corak dan sentuhan di Liga Perdana. Jikalau Torres dijual pastinya dia akan kehilangan contoh yang terbaik untuk menjadi penyerang yang berbisa di Liga Perdana.

Andaikan kata Liverpool hilang Torres, ternyata tiada penganti lagi yang boleh mengganti tempat yang ditinggalkan oleh Torres dan dengan keadaan kini Liverpool berada di tempat ke tujuh dalam Liga maka kita sememangnya memerlukan gandingan Torres dan Suarez untuk memantapkan barisan serangan untuk mengejar kedudukan dan memastikan slot ke Liga Juara-Juara dapat dicapai pada musim depan. Jikalau ini tidak dapat dicapai berkemungkinan sandaran yang paling Realisti adalah kejuaran Liga Europa .

Dan yang pastinya kini Chelsea sedang berlumba dengan masa untuk mendapatkan kesepatan untuk mendapatkan Torres dan secara jujurnya saya memang mengharapkan Liverpool menolak dan melewatkan proses tawar menawar dan sekaligus memastikan El-Nino dan El Pistolero. Liverpool kembali berkuasa sebagai kuasa Besar di dunia.

comment 3 comments:

Anonymous said...

its all about money...

Seizer on January 29, 2011 at 5:06 PM said...

Bukan Liverpool nak jual. tapi Torres yang nak blah...

terima kenyataan...

support the team.. not player

peliknya...
asal torres nak kuar lepas 2 straight win,
die dah start skor,. liverpool dah start menang,
manager baru dah masuk,
player world class cam suarez dh masuk...

jilah said...

let him go...(cuma org lain pi main kat liga yg lain..cth : alonso, macherano etc except si owen tuu..tapi dia gi MU lepas kelab yg lain..bukan straight from liverpool) tapi si nino ni masuk pasukan tu... and yg paling bangang...dia pergi tang REDS cuba nak bangkit.. BUT it's OK REDS...WE'LL BE NO 1 AGAIN ..I BELIEVE IN KING KENNY and others REDS..WELCOME to SUAREZ & CARROLL...
p.s: DON'T WORRY...nino is BAD OMEN..LOOK..after he went from A.MADRID, that club won the EUROPE LEAGUE..so, maybe after this, REDS WILL WIN TROPHIES ...( yep, aku memang tgh benggang giler dgn si nino ni..) cakap tak serupa bikin

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger