Adakah Torres akan tinggalkan Liverpool untuk sertai Chelsea.

Dengan berita gembira yang baru kita dengar dimana Liverpool telah berjaya mengikat penyerang kebangsaan Uruguay, Luis Suarez. Terdapat pula berita yang kurang sedap didengar, dimana The Blues telah menawarkan bidaan untuk mendapatkan pemain kesayangan kita, Fernando Torres untuk menyertai mereka.

Jika dilihatkan dalam laman web sukan diserata dunia mengatakan bahawa, Torres juga inginkan perpindahan tersebut. Dan tidak kurang juga berita tersebar luas melalui twitter, dimana semakin banyak berita ini tersebar dengan luasnya.

Bila mengingatkan peristiwa ini, saya(penulis) teringatkan perkara yang pada awalnya juga turut dilakukan oleh Mascherano, yang pada mulanya berkata secara senyap-senyap dan kemudiannya sehingga lah dia melakukan mogok untuk tidak bermain pada perlawanan menentang Manchester City. Dan lihat apa yang terjadi pada Mascherano hanya menghabiskan masa -masa terluangnya di bangku simpanan sahaja.

Tetapi Torres bukannya Mascherano, berkemungkinan ini hanya spekulasi dan khabar angin yang sengaja diperlakukan oleh pihak media. Pada pendapat saya (penulis) secara jujurnya Torres tidak akan berpindah untuk sertai Chelsea. Dan seperti yang kita tahu Torres adalah pemain yang komited kepada Liverpool, dan kini juga dia sudah hampir bergelar Lagenda untuk Liverpool dan pastinya akan ini aka membuatkan dia memilih untuk kekal di Liverpool. Dan juga ditambah kini Liverpool semkin hari semakin meningkat prestasi permainan serta dengan kehadiran Luis Suarez pastinya mengukuhkan jentera serangan Liverpool.

Dan akhir sekali, jikalaulah Torres boleh membaca tulisan dan rintihan semua penyokong Liverpool termasuklah saya, jangan lah pergi dan kekal di Liverpool kami memerlukan mu lebih sebagai seorang pemain kerana semua pemain di Liverpool adalah ahli kerluarga kami.
Sekian YNWA…….

DEAR TORRES
: if you wants trophies then you can join another club.... but if you want your name to be immortalized as a great player then Anfield is the place you should be. you knows that, and we know we will sing you name forever, whether you is at top form or at his worst..because liverpool not just club but a family.

comment 4 comments:

Anonymous said...

berita terbaru dari laman web rasmi lfc,liverpool reject transfer request dari torres,kalau benar dia mahu pegi,biarkan dia pegi,kerana yangt penting adalah pasukan,adakah kita mahu menyimpan pemain yang tiada semangat bermain untuk kita,jangan jadi mcm macherano,aku tak salahkan torres 100%,broken promise telah membuat dia berbuat begini YNWA

sale_ehs gerrard on January 29, 2011 at 9:50 AM said...

btl 2. Klau dia bnr2 sygkan club, dia akan stay. Tp klau dia mahu pergi, biarkan. Patah tumbuh, hilang bganti. Tp yg pasti jika dia pegi jg ke chelsea, mungkin dikelak hari dia akan myesal jg spt mascherano yg gelojoh.

Seizer on January 29, 2011 at 5:11 PM said...

pade usia Torres skang.. x salah kalo die nak cari trofi...

memang liverpool takkan ke mana dalam mase 2-3 taun ni...

tapi kecik atinye... die nak ke chelsit

jilah said...

biarkan dia pergi..What 4 kita nak simpan player yg memang tak NAK main utk REDS! but what hurt most, he never say proper goodbye to all the REDS fans unlike what he did to his atletico madrid...
maybe REDS fans don't mean anything to him..
org kata players lain pun dtg dan pergi....BUT cara si el nino pergi ni yg buat ramai fan dia marah..biar si BABEL yg tau hargai the REDS!

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger