Match Review : Liverpool 2-2 Everton



Untuk 215th Merseyside Derby, memperlihatkan sedikit demi sedikit perubahan yang dipancarkan oleh Kenny Daglish. Jika ditanya pada pendapat saya yang menonton perlawanan malam tadi, sememangnya perlawanan ini menunjukkan bagaimana seorang pengurus menggunakan segala sumber yang ada iaitu pemain yang ada termasuk pemain muda untuk bermain di peringkat yang tinggi seperti perlawanan menentang Everton ini.

Cuma tampak kelemahan sangat terdedah pada benteng serangan yang sedikit goyah dan kelonggaran ini yang menyebabkan The Toffees mendapatkan gol awal pada minit awal separuh masa kedua. Dengan keputusan seri ini, membuatkan kita terpaksa menghuni tangga ke 13 liga dengan 26 mata.

---Superb dari Meireles dalam debut gol pertamanya---

Namun pujian juga patut diberikan kepada corak serangan yang dipertunjukkan oleh pemain yang beraksi mala ini, dimana kita boleh lihat perubahan corak menyerang yang lebih kerap dan lebih agerasif. Untuk Raul Meireles pula tahniah kerana berjaya memecahkan debut gol pertamanya untuk The Reds dan diharapkan selepas ini kita akan melihat jaringan di lakukan oleh beliau. Untuk wira pujaan kita pula, tahniah kerana berjaya menunjukkan perubahan positif, Cuma nasib tidak menyebelahi anda (torres) untuk menjaringkan gol pada malam ini.

pada perlawanan ini juga menyaksikan bagaimana, Daglish berjaya memanfaatkan pengaruh pemain muda dalam perlawanan sebegini besar, pada pendapat saya ini hal yang patut dipuji. tindakan berani menggunakan gandingan pemain muda seperti Martin kelly, J. spearing dan Shelvey.


--Jaringan penalti dari Kuyt menyelamatkan Reds daripada terus sensara--

Semoga pada perlawanan menentang wolves, kelemahan di bahagian pertahanan akan dibaiki sedikit demi sedikit. Dan akhir sekali kepada rakan fan sekalian teruskan sokongan anda, menyokong pasukan, saya pasti detik kebangkitan pasti akan menjelma Cuma masa dan ketika sahaja akan menentukannya.

PS; saya benar kagum dengan bakat Martin kelly yang tampak semakin hari semakin bagus mutu permainannya.....

comment 2 comments:

RABUN on January 17, 2011 at 4:46 AM said...

no more skertel!

Anonymous said...

hantar jer skertel kt sarkas jadi clown

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger