Khabar angin, kini Daglish setuju nak jual Torres



Semakin mendekati, tarikh tetup musim perpindahan ini, semakin pansa dan semakin membuatkan semua penyokong resah dengan perlbagai spekulasi. Walaupun kini Liverpool berjaya mendapatkan suarez. Namun terdengar pula kini Dalglish bersetuju untuk menjual Torres ke Chelsea.

Berita ini mungkin adalah spekulasi sahaja, namun segala spekulasi dan berita utama berkaitan dengan perpindahan selalunya bermula daripada khabar-khabar angin.

Dalam laporan yang dipetik daripada web footylatest.com mengatakan, Fernando Torres akan berangkat ke Chelsea pada hari isnin ini, selepas Kenny Daglish memutuskan untuk menjualnya kepada Chelsea, hal ini kerana tidak ada guna membiarkan Torres terus kekal di Liverpool jika dia merasakan tidak gembira berada disini.

Manakala menurut sumber lain juga mengatakan bahawa pemilik Liverpool John Henry dan pengurus kita, Kenny Daglish bersetuju untuk sepakat untuk membiarkan Torres pergi jika harga yang ditawarkan menepati apa yang diminta Oleh pihak pengurusan Liverpool.

Dan harga perpindahan yang bakal ditawarkan adalah sekitar, £ 50 juta untuk bayaran penuh atau £ 42juta ditambah dengan Anelka.

“Pada pendapat saya(penulis) secara jujurnya, saya memang sedih jika perkara ini memang terjadi, bukan kerana takut kita kehilangan pemain yang berkualiti untuk menjaringkan gol, tetapi saya sudah merasakan Torres seperti sudah menjadi sebahagian dari Liverpool, jikalau ini benar berlaku pastinya ini akan membuatkan ramai pemain bersedih atas tindakan Torres yang boleh dikatakan sebagai tidak mengenang budi ini...”

comment 3 comments:

Tengku Sidek on January 30, 2011 at 2:46 PM said...

Honestly, if he REALLY want to go.Let him go BUT with exceptional price..The ideal time is in the summer not now..We need similar replacement and please do not make a same mistake when we sold Alonso and no replacement at all..!!

Darion Daron said...

ye memang betul kita
perlu cari penganti Torres yang benar berkelayakan

Anonymous said...

biarkan dia blah.. buat apa nak simpan kalau dia x happy kat anfield... dia siapa gk.. kita harap suarez lebih baik dari dia..

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger