Hajat Chelsea dan Wolfsburg


---LFC tolak bidaan Chelsea El-Nino---

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh sumber espnstar.com yang menyatakan bahawa, Chelsea telah menawarkan 35 Juta poundsterling untuk mendapatkan penyerang sensasi Liverpool, Fernando Torres.

Dengan tawaran yang dibuat ini, pihak pengurusan Liverpool dengan serta merta menolak tawaran tersebut, dan mengatakan “Torres bukan untuk dijual”.

Hal ini disokong dengan, sumber dari The blues yang mengatakan bahawa, pemilik kelab, Roman Abramovich telah lama mengidamkan untuk melihat FT9 bermain di kelab tersebut. Jika dilihatkan pada fakta pembidaan yang telah dilakukan oleh Chelsea untuk mendapatkan Torres, kelab tersebut sebelum ini pernah menyatakan pada permulaan musim 2010/2011 yang mereka ingin membawa Torres bermain di kelab tersebut.

Dan juga,menurut berita terkini yang dilampirkan oleh LFC Weekly, menyatakan bahawa Milan Jovanovic menolak kemungkinan bahawa dia akan menyertai pasukan dari Bundesliga, Wolfsburg.

--Jovanovic tolak kemungkinan bermain di Wolfsburg--

Pasukan yang pernah merekrut penyerang berbisa Edin Dzeko, yang kini telah berhijrah ke Manchester City, dan kini pasukan ini sedang terdesak untuk mencari penganti kepada Dzeko dan sasaran mereka adalah Jovanovic.

Jovanovic yang menyertai Liverpool pada awal musim 2010/2011 daripada Standard Liege, pada ketika itu Liverpool dikendalikan oleh Roy Hodgson.

Pada pendapat saya (penulis), sememangnya kedua pemain ini, akan kekal di Liverpool, dan saya percaya mereka berdua ingin kekal bermain di Liverpool untuk tempoh yang panjang. Dan terima kasih kepada mereka berdua atas komited yang diperlihatkan kepada Liverpool. YNWA.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger