Gerrard impikan kedudukan lebih tinggi

Kapten Liverpool, Steven Gerrard mengakui tempat ketujuh di Barclays Premier League tidak boleh diterima untuk Liverpool.

Kemenangan 1-0 keatas Fulham pada perlawanan sebelum ini , setelah pemain Fulham, John Pantsil secara tidak sengaja telah menjaringkan gol sendiri sekaligus membolehkan, Liverpool mendahuli dan sekali gus membuatkan perlawanan itu menjadi milik Liverpool serta mengutip tiga mata penuh. Hal ini secara tidak lansung mengangkat The Reds ke kedudukan tertinggi dalam kedudukan tangga Liga Perdana untuk musim ini.


Menurut kepten Liverpool....
Gerrard menyatakan bahawa “ Liverpool seharusnya berusaha dengan lebih untuk memastikan kedudukan pada tangga ke tujuh akan meningkat dari masa ke semasa”

"Kerana kita Liverpool seharusnya berada pada kedudukan yang lebih tinggi daripada ini, dan saya pasti liverpool pasti mampu untuk mengejar kedudukan dalam tangga Liga”

Hal ini sememangnya benar, menurut pendapat saya (penulis), kita boleh lihat pada era pentakbiran bawah Roy Hodgson, Liverpool pernah berada di Zon penyingkiran dan sejak Kenny Daglish mengambil alih tampok kepimpinan di Liverpool sedikit demi sedikit Liverpool kembali meningkat prestasi permainan dari segenap aspek.

comment 1 comments:

RABUN on January 29, 2011 at 1:35 AM said...

Setuju... dan aku memang benci bila melihat Liverpool skang aku terbayang apa kedudukan Liverpool JIKA Daglish adalah pengurus Liverpool sejak diawal musim lagi

apa pon Liverpool harus realistik lagi, kita masih belum berjumpa team besar lagi selain Manshiter dulu,

apa pon permainan Liverpool semakin cantik..aku sukaaaa hahahahahaha!

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger