Damien Comolli: Kami berminat kepada Luis Suarez dan Ashley Young




Bercakap kepada Canal+ Sport, pengarah strategi bola sepak Liverpool, pada hari ini menegaskan bahawa Liverpool sememamgnya berminat untuk menandatangani penyerang Ajax Luis Suarez dan pemain sayap Aston Villa Ashley Young.

Dipetik daripada sumber laman web goal.com, Comolli berkata mengenai hal perpindahan Suarez telah mengalami jalan buntu kerana dikatakan bahawa Ajax telah meletakkan harga yang tinggi daripada harga yang kami tawarkan. Iaitu sekitar£ 25 juta.

Mengenai kemungkinan, Luis Suarez akan menyertai reds pada musim perpindahan januari ini, Comolli telah menolak untuk menyatakan kemungkinan itu. Manakala bagi kes Young, jika dia berada dalam pasaran pemain untuk dipindahkan kami akan membelinya, tetapi saya yakin hal ini tidak akan berlaku.

comment 4 comments:

RABUN on January 21, 2011 at 7:34 AM said...

nak beli pemain bagus tapi nak murah apa ingat ni pasar borong ker

kata otak bisnes beli lah star mahal skit, untung datang kemudian, kalau tak berani melabur...melabur dalam jamban ler jawabnya

menyampah lak aku ngan owner Liverpool ni hehehe...

skang 21 hb.......

Tengku Sidek on January 21, 2011 at 11:53 AM said...

rileks en.rabun..mungkin strategy untk mengaburi saingan2 kelab lain..so dia tak nak terlalu open benda ni..takut2 man city minat lak..mampui kita..ada 9 hari lagi..biasa benda2 cam ni..last2 day bari jadi..hehehe

alvee the Kop on January 21, 2011 at 12:42 PM said...

jadi ke x ni nak amik??apesal la ttba manager ajax nak lepas dia???

capit anak pak ajis on January 21, 2011 at 2:38 PM said...

klu xde duit,cm same je ngn GnH dlu..
nk take over tp tkut nk melabur!!!!!!

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger