Aku kecewa dengan mu Torres



Sory ayat tunggang langgang@ berterabur....

Mungkin kebanyakkan Orang mungkin berfikir saya (penulis) naif dan bodoh kerana terlalu mengharapkan kepada Fernando Torres. Tetapi ingin saya nyatakan disini, ini adalah cara saya dan ini adalah cara saya peminat dan penyokong Liverpool menunjukkan kesetian kami kepada Liverpool.

Banyangkan lah betapa hancurnya hati, melihat Torres sendiri yang meminta Liverpool melepaskan dia untuk sertai Chelsea. Banyangkanlah semua kenangan manis dan pahit sebelum ini kami tetap bersama mu Torres, walaupun di puncak prestasi kamu mahupun di dasar prestasi kamu. Kami tetap menyokong kamu.

Dan inilah balasan yang kami terima untuk setelah kami memuja dan menyokong dirimu. Memang tidak patut, dengan pengorbanan yang kami lakukan, bangun pada awal pagi untuk melihat kamu bermain di dalam perlawanan dan inikah yang kami perolehi “ satu pendustaan dan penderhakaan”

Tolong lah Torres jangan lah pergi, walaupun kedudukan kita beribu batu jauhnya, walaupun kita tidak pernah berjumpa dengan mu dan saya sendiri tidak pernah ke Anfield untuk melihat kamu bermain untuk Liverpool. Tetapi saya dan seluruh penyokong Liverpool di Malaysia mengharapkan kamu kekal di Liverpool.

Apakah yang kamu inginkan lagi, pemilik@owner ataupun Pengurus @ Kenny daglish. Mungkin saya dah merapu dan sudah membebel terlalu banyak,. Dan yang pastinya jika kamu pergi pastinya LFC akan hilang seri dan hilang punca, dan pastinya ini akan mengancurkan banyak hati peminat dan seluruh pemain dengan keputusan kamu untuk sertai chelsea.

PS: maaf rakan-rakan fan lain, jiwa ku dah tidak tenteram, berita ini benar-benar membuatkan saya (penulis) kecewa, hati ku hancur, dan boleh diibaratkan Gerrard menyepak sekuat hati tepat di muka ku….

comment 4 comments:

Unknown on January 29, 2011 at 9:27 PM said...

apa nak buat. sbnarnya aku mmg sudah lama tawar hati dengan torres. mmg sejak kblakangan ini moralnya terhadap pasukan jauh merundum. Apa lagi yang dia mahu di Anfield.

Kalau itulah keputusannya, biarkan dia pergi. Apa guna kt menyimpan pemain yang hatinya tidak berada di Anfield. Skiranya dipaksa2, tidakkah ia akan merosakkan pasukan.

Walaupun dia pergi, aku akan ttp bersama Liverpool. Tapi kalau Kapten Fantastik.... Argghhhhh....tidak...

Seizer on January 29, 2011 at 10:44 PM said...

bro.. aku pun keciwa.. mula2 bace ingat berita merepek... skali cek ade kat web rasmi pulak...

rase cam putus cinta pun ade... frust giler...

TAPI KALAU TORRES NAK BLAH.. DIE BULEH BLAH...

Liverpool tetap wujud selamanye.. player datang dan pergi...

tapi aku tetap frust... ade ke mintak ke chelsit???

Darion Daron said...

entah laaaa
tapi kalau boleh x nak Torres bla
sebab mase dah suntuk susah nak cari penganti ini...

Anonymous said...

jual je torres tu.. klu hati dah xde kat anfeild main pon x gune... aku rasa commolli msti dah buat perancangan.. dont worry... torres xde pon xpe... YNWA

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger