Ronaldinho ke Liverpool?



Menurut laporan dari sumber akhbar di Itali yang melaporkan kini Ronaldinho dalam radar Liverpool untuk dibawa ke kem latihan Mellwood meninggalkan Milan untuk untuk meyertai Liverpool.

Pemain berasal dari Brazil, serta kini berumur 30 tahun ini, dan juga pernah beraksi di pasukan gergasi sepanyol Barcelona, dikatakan menarik minat pengurus Liverpool Roy Hodgson. Dalam laporan itu juga Hongson sedang mencari pemain tengah yang kreatif untuk membantu Fernando Torres untuk memberikan ruang, peluang dalam menjaringkan gol untuk Liverpool.


menjaringakan 70 gol dalam 145 penampilan untuk Barcelona

Spekulasi ini diperkukuhkan apabila, kontraknya di Milan berakhir pada bulan Jun, yang menyebabkan dia dia bebas untuk meninggalkan Milan dan menyertai kelab lain. Turut dilaporkan bahawa Los Angeles Galaxy juga sedang melihat-lihat untuk membawa pemain ini ke Liga utama Major League Soccer yang berpengkalan di Amerika itu.

Pada pendapat saya (penulis), hal ini sememangnya mengembirakan kita sebagai penyokong Liverpool, bahawa kemungkinan Ronaldinho akan meyertai Liverpool, sememangnya yang kita sudah tahu dia merupakan pemain yang pernah mendapat anugerah pemain terbaik dunia sebanyak dua kali iaitu pada 2004 dan 2005.

Cuma yang membuatkan saya berpikir panjang adakah ini berpadanan untuk membawa Ronaldinho ke Anfield, “bukan kah matlamat perpindahan kali ini seperti dinyatakan oleh John Hnery mahu membawa pemain muda ? ” dan jika Ronaldinho menyertai Reds pastinya gaji dan Yuran perpindahan tinggi. Hal ini bertentangan dengan prinsip Liverpool untuk membawa pemain muda.

comment 1 comments:

RABUN on December 9, 2010 at 1:49 AM said...

dia pemain terbaik dunia...tapi dah pon melepasi zaman nya...itu kene amik kira jugak...

penyerang dan pemain sayap lebih penting dalam prospek Liverpool sekarang...tak der pemain sayap yang benar2 sejati dalam Liverpool semuanya bidan terjun...

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger