Hodgson: "Meireles akan bertambah bagus"



Pengurus Liverpool Roy Hodgson memuji Raul Meireles sebagai pemain bakat "luar biasa", yang dipamerkan pemain kebangsaan Portugal itu, dimana dia memainkan peranan sebagai pemain tengah yang terbaik.

Meireles yang merupakan bekas Pemain tengah Porto adalah pemain yang banyak berperanan semasa kemenangan semasa menentang Aston Villa pada hari Isnin lepas.

Menurut Hodgson....

"Dia datang dari Liga yang berbeza, tetapi saya tak pernah meragukan kualiti permainannya apabila beraksi untuk Liverpool.

“Saya percaya dia akan melakuakn aksi yang terbaik dan hal ini kerana dia mempunyai bakat yang luar biasa apabila bermain di atas padang”

"Hanya masa yang menentukan dia akan bertambah baik"

Di samping itu Hodgson yakin pasukannya, yang akan menghadapi Newcastle pada hari Sabtu ini akan bermain dengan baik, dan saya yakin kami mempunyai masa yang cukup untuk kembali merebut tempat untuk bermain di Liga Juara-Juara.

Pengurus Liverpool itu juga memuji aksi yang dipamerkan oleh David Ngog, Ryan Babel kerana berjaya menjaringkan gol pada perlawanan tersebut. Dan Hodgson menyatakan pujian kepada bekas kapten Atletico Madrid iaitu Maxi Rodriguez yang menunjukkan tanda-tanda peningkatan dalam prestasi pemainannya.


Dipetik dan diubahsuai dari: Espnstar.com

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger