"Our owners percaya kepada Roy kenapa tidak kita "


---John Henry masih percaya kepada Roy---

Roy Hodgson mengakui kebenaran apa yang dikatakan oleh pemilik Liverpool yang mengatakan bahawa sememangnya sepanjang perlawanan untuk musim ini adalah tidak boleh diterima, tetapi kita semua perlu bersatu dan bersabar untuk mencapai kejayaan dalam temph jangka masa panjang.

Perkara ini dipetik daripada hasil komen pemilik Liverpool iaitu John Henry dan pengarah urusan Thomas Werner daripada perbualan Telefon isnin malam yang lepas.

Menurut Hodgson lagi....

“jika melihat kepada keputusan enam perlawanan terakhir, sememangnya menunjukkan pasukan sedang dalam proses peningkatan dan dalam proses mencari kesefahaman antara dalam kalangan pemain”

“Jika dilihatkan kepada keputusan setakat 17 perlawanan ini, sememangnya dapat diterima oleh saya sebagai pengurus, tetapi jika dikaitkan dengan keputusan bersangkutan dengan Liverpool FC keputusannya adalah tidak boleh diterima pakai dan sebenarnya saya mengharapkan keputusan yang lebih baik daripada ini”

“Sememangnya prestasi kami semasa bermain di Liga Perdana agak tidak konsisten tetapi pada masa yang sama kami diselamatkan oleh keputusan yang baik semasa bermin di piala Europa”


----adakah anda masih percaya kepada Roy?---

“Dengan baki perlawanan dalam Liga akan datang saya benar-benar berharap agar keputusan yang lebih baik dapat dicapai oleh Liverpool dan sememangnya untuk mencapai impian ini kerja keras oleh semua pihak adalah perlu, dan saya berharap agar Liverpool akan kembali bersaing dalam merebut kedudukan teratas dalam tangga Liga Perdana”

Pada pendapat saya (penulis), jika melihat dari apa yang diperkatakan oleh pemilik Liverpool iaitu John Henry serta pengarah urusan Thomas Werner, sememangnya mereka masih menaruh kepercayaan kepada pengurus kita iaitu Roy Hodgson dalam perjuangannya untuk mentakbir pemain dalam kancah Liga.

Oleh itu sebagai peminat yang sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk The Reds, kita juga sepatutnya percaya kepada kebolehan Roy Hodgson untuk mengubah pasukan. Disamping itu juga jika dilihatkan pada matlamat pengurusan, sebenarnya mensasarkan matlamat jangka panjang untuk memperkukuhkan squad. Bayangkanlah jika pengurus asyik bertukar-tukar bagaimana Kita (liverpool) hendak melaksanakan pelan jangka masa panjang untuk memajukan Kelab. Sebagai contohnya kita boleh lihat kepada pasukan di kendalikan oleh Alex Ferguson yang telah mentakbir Manchester United sejak November 1986 dan Arsène Wenger yang telah mentakbir Arsenal sejak September 1996.

Apa yang saya cuba diketengahkan ini, adalah untuk membentuk pasukan yang benar mantap dan kukuh adalah memerlukan masa dan sedikit pengorbanan. Saya paham ada dikalangan rakan yang lain tidak dapat menerima kekalahan demi kekalahan sejak dari kendalian Hodgson di Liverpool, saya juga kadang-kadang terasa marah, tetapi apakan daya apa yang boleh Kita semua lakukan adalah terus bersabar dan percaya apa yang dirancangkan oleh pengurusan Liverpool dan yang paling penting percaya kepada Roy Hodgson untuk sekurang kurangnya sehingga penghujung musim ini. Sekian

YNWA.......

comment 1 comments:

Jual Token Listrik Online on September 30, 2014 at 10:04 AM said...

selamat pagi juragan info dan artikelnya menarik sekali

salam olahraga :)

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger