Match preview: Blackpool vs Liverpool


Ahad 26 December 2010
Blackpool vs Liverpool
Masa perlawanan : 2255-0100(10.55 malam -1 pagi)
Channel : Ch. 813


Pelawanan yang boleh diperkatakan sebagai perlawanan balas dendam kepada squad The Seasiders yang sebelum ini pada tangga 2.10.2010 yang lepas kita telah dimalukan. Dimana pasukan kesayangan kita apabila telah ditewaskan dengan jaringan 2-1. Dalam perlawanan itu kita menyaksikan pada separuh masa pertama kita ditinggalkan dengan dua jaringan yang dijaringkan oleh Charlie Adam dan Luke Varney dan pada separuh masa kedua Kyrgiakos menjaringakn gol saguhati kepada Liverpool daripada dimalukan.

Dalam perlawanan kali ini, pastinya pasukan kendalian Roy Hodgson akan turun dengan matlamat untuk membalas dendam pada perlawanan lepas, dan dengan kembalinya tonggak utama dan kapten kesayangan kita Steven Gerrard telah dilaporkan telah kembali cergas dan kembalinya tonggak pertahanan iaitu Daniel Agger yang telah lama direhatkan kerana mengalami kecederaan sejak September 25.

Selaku peminat setia The Reds, saya (penulis) benar-benar berharap dengan kembalinya kedua pemain utama ini, akan memberikan impak yang besar kepada kualiti permainan yang akan dipamerkan oleh Liverpool pada malam tersebut. Dan sekaligus mencatatkan kemenangan kedua di tempat lawan untuk musim ini.

Dan menurut berita, berkemungkinan besar pada perlawanan ini , ngog tidak akn diturunkan kerana masih lagi bergelut untuk kembali cergas serta sepak mula perlawanan ini adalah bergantung kepada keadaan cuaca semasa. Jika keadaan tidak mengizinkan berkemungkianan sekali lagi perlawanan di gelanggang Bloomfield Road terpaksa ditangguhkan.



Barisan jangkaan :
Reina, Johnson, Skrtel, Agger, Fabio Aurelio, Lucas, Gerrard, Meireles, Rodriguez, Kuyt, Torres

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger