Liverpool bawa masuk pakar pembagunan bola sepek iaitu Damien Comolli


Liverpool telah mendapatkan bekas pengarah sukan Tottenham Damien Comolli sebagai pengarah strategi bola sepak yang bakal menentukan strategi terbaru untuk membagunkan Liverpool dalam masa jangka pendek dan jangka panjang.

individu kelahiran Perancis ini meninggalkan Spurs pada bulan Oktober 2008 dan meyertai pasukan St Etienne, dan kini pakar strategi bola sepak ini menyertai Liverpool di Anfield.

Kata John Henry...

"Damien mempunyai sejarah rekod yang terbukti untuk mengenalpasti bakat sepakbola muda yang menarik dan kami sangat gembira dia ingin menyertai kami di Liverpool ”
"Bekerja sama dengan Roy Hodgson dan kakitangan pelatih, saya tahu dia akan memberikan sumbangan yang berharga untuk menguatkan kelab dan skuad dalam jangka masa panjang”.

"Pengumuman ini hanyalah langkah pertama dalam mencipta kumpulan kepimpinan yang bertujuan meningkatkan dan melaksanakan falsafah jangka panjang kami. Kumpulan ini akan menjalankan tugas pembangunan pemain dan semua aspek lain yang diperlukan untuk membina dan mengekalkan kelab secara konsisten bersaing di peringkat tertinggi dalam sepakbola Eropah”.

manakala kata Damien Comolli pula...

"Saya gembira dapat bergabung dengan Liverpool dan berharap dapat bekerja dengan John dan Roy untuk menaikikan nama Liverpool dalam dunia bola sepak eropah”.

Fakta mengenai Damien Comolli

Pada tahun 2005 semada di Tottenham Hotspur, dia merupakan individu yang bertanggungjawab atas keseluruhan akedemi di pasukan itu dan dia juga individu yang bertanggungjawab megenal pasti pemain seperti Gareth Bale, Alan Hutton, Kevin-Prince Boateng, Giovanni dos Santos, Adel Taarabt dan Younes Kaboul.

Pernah menabur bakti dan buah fikirannya mengenai strategi dalam permbagunan bola sepak di pasukan AS Monaco, AS Saint-Étienne, Arsenal dan Tottenham Hotspur


Gareth Bale merupakan salah satu pemain yang dikenal pasti oleh Damien Comolli

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger