United mahu dapatkan Reina


Semasa Reina mendapatkan Premier League's Golden Glove

Menurut akhbar The Daily Mirror pada hari ini, melaporkan bahawa Ferguson kini sedang berusaha untuk mendapatkan penjaga gol utama Liverpool iaitu Pepe Reina dan harga yang ditawarkan adalah sekitar £12 juta. Laporan mengatakan bahawa langkah ini diambil kerana untuk mencari calon yang benar-benar layak untuk mengantikan penjaga gol United Edwin van der Sar yang akan bersara pada akhir musim ini.

Kali terakhir dimana pemain dari Old Trafford berpindah ke Anfield adalah pada tahun 1964. Dimana Phil Chisnall iaitu penjaga gol United pada ketika itu yang mengambil keputusan untuk menyertai Liverpool. Tetapi ternyata dia tidak dapat bermain dengan baik kerana hanya menjaringkan 9 penampilan sahaja dalam tempoh tiga tahun.

Pada pendapat saya (penulis), perkara sebegini tidak akan terjadi, bahkan seperti yang kita tahu bahawa Reina baru sahaja mengikat kontrak baru dengan Liverpool sehingga 2016 dan adalah satu angan-angan kosong Ferguson untuk medapatkan Reina. Dan saya yakin bahawa Reina tidak akan berpindah dan tidak akan tertarik dengan tawaran Ferguson tersebut. Dengan spekulasi yang kita dengar ini sekaligus membuktikan pepe Reina adalah salah satu penjaga gol yang berkaliber dan berwibawa dan seharusnya kita percaya kepadanya.
Fakta mengenai Reina
1.Kini berumur 28 dilahirkan 31 August 1982
2.Sebelum menyertai Liverpool beliau bermain untuk Villarreal sebanyak 109 penampilan, dan menyeratai Liverpool pada tahun 2005 untuk mengantikan Jerzy Dudek yang merupakan watak besar dalam perlawanan final liga juara-juara pada tahun 2005.
3.Pernah mendapat anugerah Premier League's Golden Glove pada tahun 2007 dimana pada ketika itu beliau tidak bolos selama 19 perlawanan untuk musim 06/07.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger