The Reds perlu belajar dari kesilapan lalu!!!




Pengurus Roy Hodgson mungkin kehilangan baget untuk berbelanja secara besar pada musim perpindahan Januari akan datang. Hal ini kerana semasa dibawah kendalian Rafael Benitez didapati bahawa Liverpool telah berbelanja tanpa kawalan dan ini menyebabkan sebanyak £300 juta dalam masa 6 tahun. Dan dalam tempoh itu boleh dilihat banyak perbelanjaan yang digunakan untuk membeli pemain adalah tidak mendatangkan pulangan yang terbaik kepada The Reds.

Berdasarkan hal ini. Kini pemilik Liverpool NESV iaitu John Henry berharap kini Liverpool perrlu lebih bijak dalam hal perbelanjaan untuk Kelab dan memastikan bahawa pembelian pemain dari aspek pembayaran gaji perlu digunakan sebaik mungkin.

Dalam tempoh 6 tahun sebelum ini juga menyaksikan bahawa banyak berlaku pembaziran dari aspek pembelian pemain, antaranya ialah:


Fernando Morientes
pemain Antarabangsa Sepanyol, dibawa ke Liverpool dengan harga £6.3 juta pada ketika dia berusia 28 tahun ketika bulan Januari 2005. Tetapi pemain ini gagal bersinar di Anfield, hanya mencetak 12 gol dalam 61 penampilan.

Robbie Keane
Ditandatangani pada usia 28 tahun untuk £ 20.3 juta pada tahun 2008, pemain antarabangsa Irelanddan NESV merasakan usianya terlalu tua untuk harga seperti itu dan tenyata dia tidak meyinar semasa di Liverpool ini menunjukkan berlaku pembaziran .

Alberto Aquilani
Walaupun berusia 26 pada ketika menyertai Liverpool. Tetapi pada masa tersebut menyaksikan bahawa dia berada dalam keadaan cedera semasa meyertai The Reds . dibeli pada harga £17 juta dari As Roma dan sekarang dipinjamkan ke Juventus. Sekali pembaziran berlaku.

Menurut NESV lagi....

Hal ini bukan bermakna bahawa Liverpool tidak boleh berbelanja besar tapi Cuma Kita (Liverpool) perlu memastikan setiap pembelian pemain benar-benar memberi impak yang besar kepada prestasi Liverpool. Dan hal ini juga turut digunapakai NESV semasa mula-mula membentuk Boston Red Sox. Dan kini kita boleh lihat bagaimana perkembangan yang berlaku pada pasukan tersebut.

Dan NESV juga kini, mungkin mengikuti jejak Arsenal. Dimana pasukan ini telah mengamalkan gaya perbelanjaan secara berkesan iaitu mencari pemain muda yang berkebolehan untuk memberi sumbangan kepada Liverpool.

Pada pendapat saya (penulis), ini merupakan salah satu cara yang terbaik untuk kembali membentuk dan mencorakkan Liverpool. Sememangnya kini setiap perbelanjaan yang digunakan oleh Liverpool perlu dipikir dari segala aspek dan sumbangannya kepada Liverpool. Apa gunanya Kita berbelanja secara besar sekiranya pemain tersebut tidak memberi impak yang besar kepada Pasukan. Tidak tidak perlu menjadi seperti Manchester City yang berbelanjaan secara membuta tuli. Tetapi impaknya hanya menambahkan hutang kepada pasukan dan hal ini adalah tidak baik untuk Kelab dalam jangka panjang .

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger