Keisuke Honda pada Januari ini


Laporan dari Rusia menyatakan bahawa Honda sedang mempertimbangkan untuk keluar daripada CSKA Moscow selepas kelabnya ini sedang mempertimbangkan samada mahu menjual Alan Dzagoev atau pemain antarabangsa Jepun, namun Honda dilaporkan berminat untuk berpindah ke Eropah dengan Arsenal, Liverpool, dan AC Milan yang telah menyatakan minat untuk cuba membawa pemain ini ke pasukan masing-masing.

Striker CSKA 24 tahun Moscow telah menjadi subjek spekulasi sejak kempen Piala Dunia apabila pemain ini beraksi untuk pasukan kebangsaan Jepun walaupun setakat ini tidak ada tawaran formal telah dikeluarkan. Pemain ini memulakan kerjayanya di Gamba Osaka, kelab yang sama bekas pemain Arsenal Junichi Inamoto, sebelum berpindah ke Nagoya Grampus Eight.

menurut sumber dari CSKA berkata.....

"Kelab tidak mahu menjual pemain pada masa ini, Dia ( Honda) permain baik dan ia melakukan tugas yang baik untuk kelab”. Pada bulan januari ini kita lihatlah apa yang berlaku dan jika CSKA mahu menjualnya sudah pastilah kami akan berusaha mencari pengganti kepada Honda untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pemain ini.

Pada pendapat saya sememangnya banyak pengurus dari pasukan lain ingin mendapatkan pemain ini, hal ini kerana pemain ini beraksi dengan baik pada kempen piala dunia yang lepas dan marilah kita lihat sama ada Liverpool akan berjaya membawa pemain yang pakar dalam sepakan percuma ini dalam kem latihan di melwood dan pemain ini juga telah mendapat gelaran The Match Award dari FIFA pada piala dunia yang lepas iaitu semasa menentang Cemeron dan Denmark. Dan terakhir ini adalah berita spekulasi sahaja tidak ada kene mengena dengan keputusan yang diambil oleh Liverpool FC.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger