Hodgson tidak akan undur diri


Berita hangat dan banyak cakap-cakap mengenai berita mengenai pemecatan pengurus Liverpool iaitu Roy Hodgson, pengurs yang dilahirkan di Croydon, London, England berkata bahawa dia tidak akan menyerah dan berundur dari jawatan tersebut.

"Saya mendengar banyak berita dan spekulasi mengenai perunduran saya dari jawatan pengurus Liverpool dan jika Anda dan semua yang menyebarkan berita ini ingin mendenagr jawapan saya “saya sama sekali tak pernah berpikir untuk mundur dan saya takkan mundur," tegasnya, kepada sumber The Sun.

Beliau mengeluarkan pernyataan tersebut pada saat perlawanan antara Napoli menentang Liverpool tamat pada malam tadi, dimana The Reds hanya mendapat satu mata apabila hanya seri dengan pasukan yang berada di Itali tersebut. sekaligus mengekalkan tempat teratas dalam kumpulan K dengan rekod tanpa kalah.

Disamping itu Roy turut memuji barisan pemain muda dan barisan pemain kedua yang beraksi dengan baik apabila berjaya menyekat Napoli daripada mendapatkan gol pada perlawanan tersebut. Pada perlawanan itu menyaksikan hampir separuh pemain utama The Reds tidak diturunkan kerana Roy merasakan mereka patut direhatkan untuk kembali cergas pada perlawanan menentang Blackburn minggu ini. Antara pemain yang tidak beraksi pada perlawanan tersebut adalah Fernando Torres, Steven Gerrard, Daniel Agger dan Dirk Kuyt,

Tambah Roy Hodgson lagi….

"Banyak orang berpikir kami takkan boleh memberikan saingan dengan pasukan seperti ini. Tetapi pasukan ini telah membuktikan tanggapan tentang mereka salah, dan saya senang sekali. Tak ada lagi yang boleh kami lakukan selain merasa puas dengan hasil tersebut. Dan perlawanan pada minggu ini adalah medan perjuangan untuk saya dan seluruh pemain The Reds membuktikan bahawa kami Liverpool akan bangkit kembali serta memberikan hasil yang ditunggu oleh semua penyokong semua.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger