Dalam kemeriahan dan kegembiraan kita penyokong Liverpool apabila mendengar Liverpool akan dibeli oleh NESV terdapat juga berita yang kurang sedap didengar dimana Tom Hicks telah berjanji untuk membawa proses jualan Liverpool yang berharga £ 300m ke Mahkamah Tinggi.
Hal ini telah diakui olehMartin Broughton yang merupakan pengarah dalam Lembaga Tertinggi Pengurusan Liverpool dimana Hicks dan George Gillet akan berusaha sedaya upaya untuk menghentikan proses penjualan ini dengan menggunakan Mahkamah tinggi untuk menghalang daripada berlakunya proses penjualan ini.Namun, Martin Broughton juga telah menyatakan bahawa dua ahli peniagaan Amerika tersebut tidak memiliki hak untuk mengubah apa yang dipersetujui oleh lembaga pengarah dan dia juga menegaskan bahawa pengurusan Liverpoool tetap dengan pendirian mereka untuk menerusakan penjualan tersebut.
Jika keputusan berjalan cara Hicks dan Gillet perlu membayar segala hutang kepada Royal Bank of Scotland RBS sebelum 15 Oktober sebanyak£ 240 juta dan £ 40m juta untuk kos hutang tersebut.
Sumber mengatakan NESV akan menghapuskan semua hutang pengambilalihan jika membeli kelab dan bos Roy Hodgson akan diteruskan untuk mengalas tanggungjawabnya sebagai pengurus Liverpool.
Pada pendapat saya ( penulis) jika urusan pembelian dan ambil alih ini berjalankan lancar, dan jika pemilik menaruh kepercayaan kepada Roy Hodgson untuk mengemudi Liverpool, selaku penyokong Liverpool kita harus akur dan terima dengan keputusan tersebut dengan hari yang terbuka. Saya pasti pengurusan tertinggi Liverpool punya alasan tersendiri untuk tidak menggantikan roy dengan pengurus lain dan salah satu sebabnya adalah masalah dari segi pembayaran pampasan kepada Roy jika dia dipecat. Dan saya juga percaya dengan langkah tidak memecat Roy perbelanjaan tersebut boleh digunakan untuk pembangunan Liverpool serta boleh digunakan untuk membeli pemain baru untuk dibawa ke Anfield pada musim perpindahan januari depan.
0 comments:
Post a Comment