Alan Kennedy ;" jangan ulang kesilapan yang dilakukan Tom Hicks dan George Gillet."


Bekas pemain Liverpool Alan Kennedy berpesan kepada bakal pemilik Baru Liverpool agar tidak melakukan kesilapan seperti yang telah dilakukan oleh Tom Hicks dan George Gillet

Hicks dan Gillett tiba di Anfield pada Februari 2007dan telah membuat pelbagai janji kosong kepada pengurusan Liverpool dan kepada seluruh peminat termasuk janji untuk membina Stadium baru untuk Liverpool. Tetapi ternyata janji itu hanya janji yang sekadar janji.
Tambah Kennedy yang merupakan bekas pertahanan kiri yang telah memenangi dua piala eropah selama tujuh tahun bersama Liverpool. Dan beliau dikatakan sebagai lagenda kerana berjaya menjaringkan gol pada perlawanan menentang Real Madrid di final Piala eropah tahun 1981.

Beliau juga sangat yakin pada masa kini, apa yang boleh dilakukan oleh bakal pemilik baru adalah berkomunikasi dengan para penyokong dan pihak pengurusan tertinggi Liverpool untuk membincangkan Prosepek jangka panjang untuk Liverpool. Hal ini adalah untuk memulihkan segala kecelaruan yang kebanyakannya disebabkan oleh kehadiran Tom Hicks dan George Gillet.

Disamping itu bakal pemilik kelab perlu sedar bahawa Liverpool adalah kelab besar dan pemilik perlu menyedari tanggungjawab mereka. Jangan lah bersikap seperti apa yang pernah dilakukan oleh Hicks dan Gillett yang mengambil pendekatan lepas tangan. Hal ini sekaligus bererti pemilik baru perlu memberikan lebih perhatian dalam aspek pengurus kewangan untuk meningkatkan skuad dan memastikan bahawa stadium baru dibina atau pembangunan semuala di Liverpool dapat dijalankan.

Tambah Kennedy lagi....

Bagi pasukan yang besar dan mempunyai pengaruh yang besar ini seharusnya Liverpool patut mempunyai sebuah Stadium yang mempunyai kapasiti dalam lingkungan 60 ribu penonton bagi setiap perlawanan pada setiap minggu.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger