SPEKULASI:AC Milan hendak dapatkan Gerrard


Ini berita terbaru yang saya baca dari goal.com yang mengatakan bahawa Ac milan bersedia untuk menjual Alexandre Pato kepada Manchester City dengan harga yang agak mahal aitu sebanyak € 65 Juta. Dan dengan hasil jualan tersebut Milan besedia untuk membeli Kapten kesayangan kita Steven Gerrard pada musim perpindahan Januari ini. Berita ini adalah sangat mengejutkan saya kerana ini adalah pasukan kedua yang besedia membeli Gerrard selepas Real Madrid yang kini diterajui oleh Jose Mourinho yang ingin membeli Gerrard pada musim perpindahan yang lepas .

Disamping itu Milan juga telah berusaha untuk membeli pemain daripada pasukan Palermo,Javier Pastore. Tambahan Pato juga dikaitkan dengan Real Madrid dan Chelsea, menurut laporan juga dikatakan dia mungkin akan kembali kepada bekas jurulatih nya Carlo Ancelotti.

Pada pendapat saya( penulis ) harap kapten Liverpool kita ini akan memilih untuk kekal di Anfield walaupun berita ini hanya spekulasi sahaja dan harap Gerrard akan memegang janjinya untuk kekal di Anfield untuk satu musim bagi membuktikan apa yang boleh dicapai oleh Liverpool pada musim ini.

sumber: Goal.com

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger