Skrtel Liverpool Yakin Liverpool akan kembali Liga Juara-Juara musim depan.


Martin Skrtel tetap yakin bahawa Liverpool boleh menghabiskan kempen liga musim ini ditanggga ke empat teratas musim ini meskipun pada awal musim persembahan Liverpool agak mengecewakan. The Reds telah mengambil enam mata dari enam pertama perlawanan dalm kempen Liga Perdana di bawah pengurusan Roy Hodgson setakat ini,

Tambah Skrtel lagi…..

"Banyak orang berfikir bahawa ketika seorang pengurus baru datang ke pasukan ini segalanya akan menjadi sempurna,tetapi ini tidak berlaku dan kita perlu waktu untuk berubah ," kata Skrtel laman rasmi kelabnya.

"Tujuan kami adalah untuk memperjuangkan tempat empat teratas ini tidak akan mudah kerana ada banyak pasukan yang baik yang sedang ingin mencapai objektif tersebut, saya percaya ini boleh berlaku tetapi jika kita terus meningkatkan kualiti permainan dari masa ke semasa, dengan ini barulah kita boleh kembali kekancah Liga juara-juara kerana itulah tujuan utama kita.

"Banyak hal telah berubah di sini. Kami mempunyai pengurus baru, pemain baru, kakitangan perubatan baru dan beberapa orang dari seluruh pasukan ini. Hal ini akan menjadi sukar apabila pasukan membuat pertukaran yang terlalu banyak. Dan sebabkan inlah kami perlukan masa untuk berubah seterusnya menjadi lebih baik. Kami hampir mengalahkan Arsenal, kita menang melawan West Bromwich Albion, dan kita semua terjadi dengan bekerja keras untuk meningkatkan kualiti pada setiap permainan."

Bagi saya ( penulis ) jika Skrtel boleh berkata begitu, sepatutnya kita penyokong Liverpool seharusnya tidak lagi ragu dengan prestasi pasukan kita dan kita sepatutnya terus menyokong Liverpool kerana Liverpool memerlukan kita untuk bangkit kembali dalam meyerlah seperti dahulu. Sekian salam NYWA.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger