Sejenak semasa menentang Sunderland

Paul Konchesky

Paul Konchesky bek kiri terbaik untuk Liverpool setakat ini. Namun, dia tidak dapat menunjukan kebolehannya dalam perlawanan menentang Sunderland kerana mengalami kecederaam dalam setengah jam pertama perlawanan dantelah digantikan oleh Daniel Agger. Paul Konchesky benar-benar menyumbangkan kepada corak permainan Liverpool kehadirannya menjadikan Liverpool lebih konsisten dan teraturdi bahagian bek kiri . Dengan kecederaan mengganggu Aurelio dan sekarang Konchesky, pada musim perpindahan musim panas Roy Hodgson tampak perlu mengambil langakah untuk mencari langakh penyelesaian bagi masalah ini.




Toress
Fernando Torres telah jauh lebih baik daripada perlawanan sebelumnya dalam musim ini dia tampak jauh lebih tajam dari semua perlawanan awal musim ini. Walaupun perit untuk diperkatakan dia belum berada pada prestasi terbaiknya dan saya pasti pada perlawanan mendatang pastinya Toress akan kembali menjaringkan gol. Aksinya dalam perlawanan ini, amat penting dan baik, kerana telah membuat dua hantaran gol yang memberi peluang kepada Kuyt dan Gerrard untuk menjaringkan gol.


Kuyt
Walaupun baru kembali dari kecederaan pemain Belanda ini memberikan peranan yang cukup besar dalam perlawanan ini dan membantu Fernando Torres di bahagian hadapan pasukan Liverpool. Dengan menjaringakn gol pertama untuk Liverpool sememangnya Kuyt salah seorang pemain yang berperanan besar dalam perlawanan ini. Serta jaringannya adalah salah satu gol yang bergaya untuk kempen BPL minggu ini.


Joe Cole
Walaupun Joe Cole tidak bermain dengan prestasi sebenar yang mampu dilakukan olehnya tapi kredit harus diberikan kepadanya dia dilihat sangat rajin setiap kali ia menguasai bola semasa dalam padang. Dia cuba untuk meloloskan diri dari pertahanan dan cuba menghantar bola kepada bahagian serangan dan sekali gus membuat serangan yang akan memberi tekanan pada pertahanan lawan. Diharapkan cole dapat memberikan yang terbaik untuk Liverpool untuk perlawanan mendatang.




Mirales
Pemain Portugis ini tiba di Anfield dengan banyak harapan yang terpaksa digalas olehnya, dia juga merupakan pemain paling mahal di bawah Roy Hodgson. Dan dalam perlawanan ini dia juga masih mencari keserasian dengan corak perlawanan di BPL serta yang terutamanya dia masih cuba untuk serasi dengan corak permainan Liverpool. Dan keseluruhannya dia berjaya bermain dengan baik dan Berjaya mengalas tugas bagi pemain tengah untuk Liverpool. Saya pasti dalam bebarapa perlawanan ini dia akan mendapat sentuhan terbaiknya seperti apa yang dilakukan olehnya semasa di Porto sebelum ini.


Gerrard
Memang tidak dinafikan Gerrard sentiasa menyelamatkan Liverpool dan pada perlawanan ini sekali lagi jaringan dia berjaya menghalang Sunderland dari ketawa besar apabila menang di Anfield. Sumbangannya dalam perlawanan ini, dia banyak membuat hantaran jauh dari sudut bola tinggi yang berjaya mengerakkan jentera tengah Liverpool untuk lebih cekap dalam mengatur serangan.


Poulsen
Jika bercakap mengenai sumbangan Poulsen untuk Liverpool setakat ini harus ,tindakan Roy Hodgson yang mahu menjadikan dia sebagai pengganti Mascherano, jika dilihat dan dianalisis dia masih belum dapat sebati dengan Liverpool dan masih banyak lagi perlu diperbaiki. Dan tindakan nya apabila melakukan kesilapan ( yang menyebabkan penalti) sememangnya tidak sepatutnya berlaku bagi pemain yang berpengalaman sepertinya. Tetapi ini bukan bermakna dia sudah menjadi pemain yang tidak bagus, masih banyak masa untuk berubah dan sebenarnya ini yang dimahukan oleh Liverpool dan semua penyokong Liverpool.



Agger

Agger adalah pengganti kepada Paul Konchesky yang cedera selepas hanya 28 minit dari permainan. Prestasi adalah cukup baik dan harus saya harus katakan bahawa dia adalah salah seorang pemain yang membantu Liverpool untuk mencari gol kemenangan pada malam tersebut. Secara keseluruhan,dia masih tampak sedikit tidak selesa setelah kedudukan bek kiri yang dahulu dipegang olehnya kini pegang oleh Konchesky.



Skrtel

Skrtel memiliki permainan yang sangat aktif semasa menentang Black Cats di Anfield dan dia berjaya memenangi pertempuran fizikal yang menghalang Sunderland membuat asakan ke gawang Liverpool. Harap selepas ini dia akan bermain dengan baik bagi membolehkan Liverpool menang di perlawanan mendatang.



Carragher
Kapten nombor dua Liverpool ini menunjukan aksi tidak mengaku kalah dan berusaha bermatian, walaupun cedera dia tetap ingin bermain pada perlawanan tersebut dan inilah yang perlu diperlajari dan menjadi ikutan oleh semua pemain Liverpol.


Glen Johnson
Bek kanan Inggeris ini yang selalu membawa peranan penghubung jalinan antara bahagian bawah kepada bahagian serangan Liverpool adalah amat baik , tetapi dia mengalami masalah untuk menjaga posisi tempat yang kosong semasa dia naik keatas ini akan memberi ruang kepada pasukan lawan untuk membuat serangan. Hal ini lah yang perlu diperhatikan oleh Roy untuk mencari pengganti sementara posisinya apabila Johnson naik keatas untuk membuat serangan.


Pepe Reina
Walaupun bolos dua gol tetapi kawalan gawang rapi oleh Reina telah berjaya menyelamatkan Liverpool daripada dimalukan oleh Sunderland. Harap dia akan berusaha mencari kesilapannya pada perlawanan ini seterusnya memperbaiki kesilapan tersebut dan tidak mengulanginya lagi .


Ps: Ini hanyalah komen dan pendapat sahaja segala persilangan pendapat dan ada yang tidak setuju maaf dipinta. YNWA

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger