MATCH Review: (FC Utrecht vs Liverpool)



Sekali lagi keputusan yang mengecewakan apabila Liverpool sekadar seri dengan FC Utrecht dengan jaringan 0-0. Dan jika boleh saya ( penulis ) bagi nama untuk permainan ini saya nak bagi nama "permainan yang lembik" boleh ke macam itu?. Terpulang lah pada penyokong Liverpool yang lain untuk mengakuinya ke tidak.


Martin kelly mengantikan Agger,Konchesky dan Fabio Aurelio yang cedera

Hampir pada 90minit pertandingan pemain Liverpool lembik dan tidak bermaya. Dengan hantaran yang selalu tersangkut dan dipintas oleh pihak lawan ini menunjukan betapa jauhnya Pasukan yang kita cinta ini belum mencapai tahap yang sepatutnya. Saya juga tidak pasti kenapa pemain Liverpool selalu terjatuh dan ini mungkin sebab padang yang basah atau sebab lain yang menyebabkan pemain The Reds selalu sangat terjatuh pada ketika perlawanan berlangung.


Reina berjaya menjaga gawang nya bagi memastikan The Reds pulang dengan satu mata berharga

Roy sepatutnya membuat sesuatu tindakan susulan untuk mengubah corak permainan yang tidak bertenaga ini, kerana pada perlawanan mendatang Liverpool akan menentang Blackpool walaupun Liverpool seri pada perlawanan ini. Pasukan kita ini masih lagi berada pada tangga pertama kumpulan K dengan empat mata. dan Pada perlawanan lain bagi Group ini antara Steaua Bucuresti dengan Napoli yang berkesudahan seri 3-3.


kembalilah mendapat sentuhan gol kerana Liverpool memerlukannya


Dalam perlawanan ini juga kita menyaksikan Toress hampir pulih secara menyeluruh dan saya yakin selepas ini El nino akan kembali menemui sentuhan gol untuk membantu the reds kembali bertahta antara pasukan terbaik dalam eropah.

Analisis permainan:

Jumaat, 1 oktober 2010
piala Europa

Kesebelan utama Pepe Reina, Jamie Carragher, Glen Johnson, Martin Skrtel, Martin Kelly, Joe Cole, Christian Poulsen, Raul Meireles, Lucas, Dirk Kuyt, Fernando Torres

Subs: Jones,Kyrgiakos,Maxi(+cole minit81),Spearing,Jovanovic,Babel,Ngog

Kawalan Posisi Padang
Liverpool 42: 58
FC Utrecht

Percubaan ke arah gol

Liverpool 5: 3 FC Utrecht
Sepakan sudut
Liverpool 2:5 FC Utrecht
Fouls
Liverpool 14:11 FC Utrecht
Kad kuning
Liverpool 3:0 FC Utrecht

comment 1 comments:

Amirul Idham on October 1, 2010 at 4:45 AM said...

nasib baik Reina on form, kalau tak, dah berapa la bolos agaknya

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger