SENTUHAN ROY HODGSON DI ANFILED


Bekas pengurus fulham ini telah mengunakan keajaibannya waaupun dimana sahaja dia berada, kini peminat Liverpool mengharapkan dia akan melakukan perkara yang sama untuk kita. Liverpool Fan.
Apabila musim lepas melabuhkan tirainya, semua pihak yang ada kaitan dengan The reds berasa amat gusar dengan bencana yang melanda Liverpool. Pada sebelum permulaan musim di liga spain apabila secara rasminya Morinho berpindah ke real mardrid, perkara pertama dilakukan olehnya adalah menyatakan utnuk membeli kapten kesayangan kita semua A.K.A Gerrard. Syukurlah akhirnya berakhir apabila Gerrard menyatakan pendiriannya untuk menambuh bakti di Anfield. Pada masa yang sama juga real telah Berjaya mendapatkan khimat Sami khedira sebagai tunjang midfield mereka.

Disamping itu juga toress juga hangat dikaitkan dengan Man city, Chelsea dan barca tetapi El-nino menyatakan komitmen dan rasa vinta kepada The reds, perkara ini benar-benar amat melegakan hati peminat setia Liverpool. Hal ini belaku atas sebab peranan yang dimainkan oleh pak cik roy kita yang bersusah payah pergi ke sepanyol untuk memujuk Toress supaya kekal di Liverpool.

Baru dalam sebulan lebih pak cik roy mengambil tugas sebagai orang no 1 di anfield banyak perubahan yang telah belaku untuk memadam terus luka yang amat parah yang belaku pada musim lepas dimana pasukan kesayangan kita terpaksa mengabiskan saingan dalam kancah EPL di tempat ketujuh, sungguh memilukan rasanya. Joe cole turut benjanji untuk menabur bakti setia di Anfield , perpindahan cole ke anfiled juga salah satu sebab Gerrard ingin kekal lagi di anfield.
Banyangkanlah jika Rafa Benitez masih lagi menjadi pengurus The Reds perkara ini tidak mungkin akan berlaku dan berkemungkinan berakhirlah zaman pasukan kesayangan kita ini. Ternyata Rafa tidak akan bersusah payah untuk memujuk El-nino untuk kekal di Anfield.

Pembelian pemain untuk meperkukuhkan kan Liverpool diteruskan dengan pembelian penjaga goal dari Middlesbrough, Brad Jones dengan harga 2.3 juta paun, ini adalah untuk membantu Reina jika sesuatu terjadi pada reina . kemasukan pemain berpengalaman Denmark Christian Poulsen dengan kontrak selama 3 tahun dengan harga 4.5 juta paun yang bertujuan untuk mengantikan pemergian Mascherano yang berhijrah ke Barca. Disamping itu kemasukan Milan Jovanovic pemain antarabangsa Serbia yang mecipta nama dalam kempen piala Dunia di Africa selatan turut akan memperkukuhkan bahagian tengah . kelebihan yang dapat diperkatakan mengenai pemain ini adalah seorang pemain yang selesa mengawal bola serta rajin mengejar bola di segenap padang . pada masa penutupan pintu perpindahan pemain, pak cik roy turut sempat membeli midfielder Portugal Raul Meireles dengan kontrak selama 4 tahun pada harga 11.5 juta paun. Mireles dibeli hasil dari penjualan mescherano dan beliau merupakan penganti sempurna untuk mescherano, disebabkan pemain yang mempunyai pengalaman yang luas di peringkat antarabangsa mahupun kelub.

Semasa mewakili Portugal di Africa mireles bermain dalam semua empat perlawanan sebelum pasukan Portugal tersingkir ditangan sepanyol di pusingan kedua. Bek kira fulham. Hodgson pernah melatih Konchesky saat masih membimbing The Cottagers musim lalu. Meski kedatangannya di Andfield dilakukan pada saat akhir, Redknapp ( pengurus spurs) tetap menilai kedatangannya merupakan sesuatu yang hebat bagi team manapun.

Pasalnya, menurut Redknapp Konchesky adalah pemain bertahan yang sangat hebat pada ketika satu lawan satu. Sejak kepindahan John Arne Riise keAS Roma, The Reds memang tak punya full back kiri yang berkalibel. Fabio Aurelio hanya hebat saat menyerang.

“Liverpool fans, yang mungkin ingin merasakan pembelian besar, mungkin tak akan mengapresiasi Konchesky. Tapi percayalah, dia pembelian yang sangat baik bagi Hodgso
Menurut kata roy beliau amat optimis dengan matlamat mendapat tempat ke liga juara –juara pada musim depan dan banyak lagi kene diperbaiki dan diubah di Liverpool. Disamping itu Roy juga memperkatakan empat teratas sekaligus merebut tempat ke liga juara2 akan menjadi satu reality jika persiapan ini dapat dilakukan. Anataranya ialah Liverpool dapat mengekalkan kecederasan penyerang utama mereka el-nino dan ini membolehkan dia menjaringkan goal seperti dilakukan semasa 08/09. Menurut Roy lagi penganti kepada El-nino juga perlu diambi kira iatu ngog juga perlu diambikira kerana kehadiran meraka akan membantu el nino kita ketiadaannya, untuk menjaringkan lebih banyak goal.
Roy juga berkata kelemahan yang perlu ditumpukan ialah di bahagian midfield, apabila Liverpool menyerang sememangnya mengerunkan pihak lawan dan Liverpool juga akan menjadi pasukan pujaan kedua kepada sesiapa sahaja. Oleh itu gandingan joe cole dan gerrard perlu lebih serasi dan joe cole mangalas sebagai perancang perlawanan seperti yang dilakukan oleh Alonso dulu manakala gerrard akan membantu toress di bahagian serangan dan membuat hantaran cantik untuk membuka lebih peluang kepada toress menjaringkan goal.

Kuyt pula dikenali dengan pemain yang serba boleh dan rajin mengerah tanaga di segenap sudut padang dan tidak pelik la Rafa juga berlumba-lumba untuk membawa ke inter Milan. Kuyt merupakan pemain yang jujur dikalangan Liverpool. Dia dengan mudahnya mengisi posisi sebelah kanan trio serangan ini. Tidak dilupakan juga kepada pemain yang mungkin membuat kejutan di dalam liga iaitu Daniel Pacheco.

Pacheco menjadi penjaraing terbanyak di kejohanan eropah bawah 19 tahun, semasa dibawah kendalian rafa dia selalu disihkan oleh rafa dan kini mungkin roy akan menjadikannya bintang baru yang bakal melakar sejarah dalam buku sejarah The reds seperti yang dilakukan oleh abng seniornya kalau bukan siapa lagi? El-nino A.K.A fernado Toress

Kesimpulannya LIVERPOOL berupaya untuk merebut peluang ke liga juara-juara kerana The reds ada pengalaman melakukannya, jika kita rujuk sejarah semasa final di turki pada 05 dimana pasukan kita sudah ketinggalan 0-3 kepada ac Milan dan akhirnya berkat kesungguhan dan semangat tidak mudah mengaku kalah kita akhirnya Berjaya menang pada pentas liga juara2 pada tahun itu. Dengan itu maka tidak mustahil kita boleh melakukannya lagi. Matlamat ini juga dicapai disebabkan oleh sama ada spurs terganggu dengan aksi mereka di kancah liga juara2 atau kemesorotan permainan man city dan arsenal. Andaian ini bukan sekadar mengharap saja kita bercakap bukan sekadar cakap . mari kita lihat dengan kegairahan man city membeli pemain yang terlalu bnyak dengan kos yang terlalu tinggi mungkin sedikit sebanyak akan menjejaskan mood dan emosi pemain, sebagai contoh Adebayo yang terpaksa bergelut untuk memdapatkan tempat dalam kesebelasan utama dan ini mungkin akan menjesakan imej dan emosi mereka. Kedegilan Arsena Wenger untuk berbelanja, turut membuka peluang cerah untuk Liverpool bangkit . Dan semoga apa yang dirancangkan oleh pak cik ROY yang kita sayang ini dapat melakukan tugasnya dengan penuh dedikasi dan Berjaya. Akhir kata dari saya “ YOU NEVER WALK ALONE ”






saya padatkan beberapa info mengenai Roy

* Englishman yang pernah berkhidmat 2 negara euro; Swiss dan Finland. Juga pernah bersama UAE 2 tahun
* Karier bola sepak yang tidak menyerlah; Crystal Palace, Tonbridge, Grevesend, Meidstone United.
* lebih menyerlah sebagai pengurus bola sepak; Inter Milan, Blackburn dan Udinese pernah mendapatkan khidmatnya sebelum Fulham.
* World Cup ’94 ; kalah sekali di peringkat kelayakan. Membawa Swiss ke pusingan 16 pasukan terakhir setelah memperoleh naib juara kumpulan. Tewas kepada Spain di pusingan 16 pasukan.
* Bawa Swiss layak dengan mudah pada Euro ’96. serta merta letak jawatan setelah membawa swiss layak ke pusingan akhir Euro
* Letak jawatan sebab dapat tawaran Inter Milan.
* INTER: tidaklah begitu baik ketika di awal pengurusannya di sana. Tempat ke-13 pada musim pertama dan meningkat ke tempat ke-6 musim berikutnya.
* Musim 96-97 Inter melonjak di tempat ke-3 pada tahun itu, Roy berjaya membawa Inter ke Final UEFA cup. Namun tewas penalti setelah bertarung 2 leg. Harus diingat dia yang bawa Ince ke Inter.
* Tahun 1998,(ketika roy sudah kembali ke EPL) pasukan Inter yang dia bina menjuarai UEFA Cup, dan muncul naib juara Serie A.
* BLACKBURN: selepas 2 tahun berlalu ketika Blackburn menang EPL, Rovers sekadar di tempat ke-13. Roy dilihat calon sesuai menaikkan Rovers.

# Musim 97/98 – musim pertama Roy. Blackburn di tempat ke-6. Musim berikutnya 20juta dibelanjakan Roy untuk memantap lagi skuad Rovers. Namun, kariernya berakhir juga setelah hambar saja Blackburn musim itu. Disember 98, dia dipecat ekoran kedudukan Rovers ketika itu di dasar liga.
# Beberapa kelab bawahan (Championship) yang dibawanya juga menemui jalan buntu sehinggalah dia kembali ke meja jurulatih negara.
# UAE dan FINLAND. di negara teluk, dia masih tak berjaya. Cuba meng adaptasi taktikal England ke negara tersebut, dan menyifatkan pemainnya malas. akhirnya kariernya bersama UAE berakhir. FINLAND pula dia ditugaskan membawa Finland layak ke Euro 2008. Namun, sipi saja lagi untuk Finland layak. mereka di tempat ke-4 pusingan kelayakan. seterusnya Finland memutuskan untuk tidak menyambung kontraknya.
# 28 Disember 2007, Roy menapak di Fulham pula. Fulham bergelut di zon penyingkiran ketika itu.
# Awal karier di setiap kelab yang dia urus, tidak dibanggakan. Tewas kepada Bristol City di piala FA tidak boleh diterima oleh segelintir peminat Cottagers. 13 perlawanan awalnya hanya memperoleh 9 mata saja.
# Musim 08/09, sungguh luar dugaan. Dia membawa Fulham di tempat ke-7 (layak untuk UEFA Cup). dan posisi terbaik Fulham dalam sejarahnya. pujian diberi diatas pembelian pemain spt Mark Scwarzer, Zamora, Andy Johnson dan Brede Hengelend.
# musim 09/10, Fulham sangat kebal di eropah. Tewaskan Juventus, merupakan satu titik paling bermakna dalam kariernya. Seterusnya Wolfsburg, Hamburg.
# Roy hampir saja menghadiahkan piala pertama Fulham dalam tempoh 130 tahun sejarah kelab.
# Dan Roy adalah pengurus ‘multilingual’ boleh bertutur hampir 10 bahasa. English, Norweigien, Swedish, Italian, German, Danish, French, Japanese dan Finnish.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger