Manchester City V Liverpool FC

barisan kemungkinan


Tarikh: 24 Ogos 2010 (Selasa)
Masa: 245 pagi
Channel: 812

malam ini akan menyaksikan perlawanan kedua liverpool dalam pentas EPL, dengan bimbingan pak cik roy kita yang disayangai. perlawanan ini merupakan satu titik permulaan untuk menunjukan siapa liverpool dalam pentas EPL pada musim ini. semua peminat menantikan persembahan yang terbaik untuk perlawanan ini.perlawanan ini merupakan satu lagi permulaan yang sukar buat kita pada musim ini setelah menghadapi Arsenal minggu lepas. Apa yang nyatanya, Manchester City yang kita bakal temui nanti bukanlah Manchester City 5 tahun sudah kerana mereka kini sudah digelar sebagai ‘galasticos’ versi England, terutama dengan perbelanjaan musim ini sahaja sebanyak 130 juta GBP; membawa masuk pemain-pemain ternama seperti Jerome Boateng, David Silva, Yaya Toure, Bolatelli dan yang terbaru James Milner NAMUN adakah itu bermakna kita harus mengalah? jawapannya TIDAK!

Ketiadaan Joe Cole yang digantung setelah diberi kad merah dalam perlawanan menentang Arsenal bermakna Steven Gerrard mungkin akan kembali mengisi ruang attacking midfielder dan berkemungkinan kita akan menggunakan formasi 4-2-3-1 kembali. Dijangkakan Christian Poulsen akan bermain di skuad utama di samping Mascherano di bahagian tengah, sambil Dirk Kuyt bermain di sebelah kanan manakala Jovanovic di sebelah kiri. Dan daripada aksi lepas, kita mungkin menjangkakan FERNANDO TORRES akan kembali ke kesebelasan utama.

namun, Hodgson ada formula untuk mematahkan Man City .Gerrard pasti main diposisi lebih menyerang di belakang Torres. Dan kita masih mempunyai Kuyt yang amat berbadi buat Man City. Jovanovic yang tak gementar lawan Arsenal akan pasti sekali lagi buat onar disebelah kiri. Lucas dan Mascherano akan bertugas bergilir-gilir membantu serangan dan pertahanan. Gandingan Carragher dan Skrtel sekali lagi akan diuji namun tak risau sebab Mascher ada. Disebelah sisi saya harap Aurelio main kerana Agger masih bengong dan Johnson akan membantu serangan sebelah kanan. Reina pasti akan bangkit dari kesilapan lalu.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger