Featured

LIVERPOOL ,THE REDS, THE KOP DaHulu kInI dAN selaMAnYa butiran penulis:--> Nama diberi mohamad amin bin zainal abidin (Darion Daron) love The reds sejak dari darjah enam lagi.Pemain Liverpool yang paling diminati adalah Gerrard. perlawanan yang paling tidak boleh dilupakan adalah semasa liverpool vs AC milan 2005 champions league final. hope kawan-kawan enjoy dengan info dari blog saya ini. You'll Never Walk Alone :D

Showing posts with label lain-lain. Show all posts
Showing posts with label lain-lain. Show all posts

3 "Terima kasih untuk semua ..."

Salam dan selamat sejahtera diucapkan kepada rakan semua yang pernah memasuki blog ini dan sudi masuk ke blog ini. walaupun blog ini tidak seberapa dan tidak secanggih seperti blog sukan yang lain. saya disini ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada rakan semua yang menyokong blog ini.

Sedar tidak sedar sudah 401 entri saya tulis didalam blog ini. sebenarnya entri ini saya tulis adalah untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada pembaca sekalian harap rakan reds dapat terus menyokong blog ini. dan tidak lupa juka kepada rakan blog Liverpool sekalian seperti :

Tengkusidek, rabunmerah, my-reds.blogspot, redsonthespot, liverpoolkita, sallehsgerrard, blog.my-liverpoolfc

yang selama ini bertungkus lumus menulis entri berkaitan dengan pasukan kesayangan kita ini. Dan semoga selepas ini dapat kita berkenalan dengan lebih rapat dan bertukar pendapat mengenai pasukan kesayangan kita ini.

Mengingatkan kembali pada permulaan saya menulis blog ini hanya sekadar suka-suka sahaja. Tetapi lama kelamaan datang minat yang mendalam dan semakin hari semakin serius. Walaupun pada hari ini blog ini hanya memiliki hanya 31 orang follower namun saya tetap gembira, dengan blog ini juga saya dapat berkenalan dengan rakan-rakan blogger yang lain dan yang paling penting dapat mencari individu yang sama minat, sama cinta kepada pasukan yang bernama Liverpoolfc ini. Diharapkan dengan entri ke 401 ini saya akan lebih kuat dan lebih rajin update Blog untuk sama-sama kita berkongsi maklumat mengenai pasukan kesayangan kita. Akhir sekali" You'll Never Walk Alone" kepada rakan semua. Dan semoga kelab kesayangan kita semakin sukses dan semakin maju.

PS: LIVERPOOL ,THE REDS, THE KOP DaHulu kInI dAN selaMAnYa
Read more

2 Kepada mereka yang mengaku minat Bola Sepak.

Entri dan penulisan saya (penulis) pada hari ini bukan lah menceritakan berkenaaan Liverpool mahupun perkembangan Kelab. Mungkin anda semua pernah dan sudah mengetahui perkara yang ingin saya kata ini. Dan pada hari ini saya ingin berkongsi maklumat mengenai anda berkenaan laman web yang perlu anda ketahui jika bergelar peminat kepada sukan yang bernama bola sepak. (klik pada gambar)

pengkalan web rasmi bagi liga tertinggi di EROPAH.

1.Premier league.com


Web rasmi bagi Liga Barclays Premier . segalanya ada disini semua perkara dan aspek untuk semua kelab yang bermain di Liga ini terdapat disini. Dan disini juga anda semua boleh ke Link lawan web rasmi pasukan yang anda minat dan sokong.

2.Bundesliga. Com


Web rasmi liga yang berpengkalan di Jeman dan tidak perlu diperkenalkan lagi. Juga terdapat Link lawan web rasmi pasukan yang anda minat dan sokong serta berita terbaru mengenai pasukan di Liga ini.

3.Official La Liga Site


Disini terdapat perkembangan terbaru, jadual perlawanan, serta maklumat berkenaan pasukan dalam liga ini. Pastinya web ini mampu memberikan kepuasan kepada penyokong Real Madrid dan Barcelona.


4. Official Serie A Site


Terdapat maklumat yang berguna kepada penyokong pasukan yang bermain di Liga ini. Antara nya seperti Milan, Internazionale, Juventus dan Roma.


Pengkalan data mengenai bola sepak di seluruh dunia


Goal.com


Bila bercakap dengan web ini, memang tidak dapat dipisahkan dengan sukan bola sepak. Dalam web ini merangkumiberita terkini dan segala perkembangan dari seluruh pasukan bola sepak. Dan web ini juga tidak hanya tertumpu kepada kelab sahaja tetapi meliputi berita dari pasukan kebangsaan dari eropah, Asia, Negara Africa dan dari America latin. Jika dibandingkan dengan web lain. Goal.com adalah pilihan saya.

Bbc.co.uk


Merupakan web yang terkenal di sekitar eropah dan disini apa yang menariknya anda akan dapat melihat komen dan ulasan pengurus, pemain sebelum dan selepas setiap pemain selepas perlawanan. dan disini juga terdapat maklumat melalui tulisan mengenai perkembangan semasa Kelab yang anda ikuti.

Dailymail.co.uk


Web yang amat tekenal dengan seluruh penyokong pasukan bola sepak disekitar eropah dan web ini lebih menumpukan kepada pasukan yang bermain di Barclays Premier League. Berita terkini kelab juga amat cepat diupdate dan banyak maklumat untuk anda ketahui di web ini.

Espnstar.com

Tidak perlu diperkenalkan lagi, sebut sahaja ESPN semestinya berkaitan dengan sukan, dan kali ini pastinya memberikan berita terhangat dan terbaru kepada anda semua. Perkara yang paling best web ini, walaupun web ini berpengkalan di Eropah tetapi ternyata di web ini terdapat anak Malaysia di sana iaitu Shebby Singh.


HARAP DENGAN ENTRI KALI INI AKAN MENAMBAHKAN ILMU DAN PENGETAHUAN ANDA SEMUA MENGENAI SUKAN YANG DINAMAKAN BOLA SEPAK INI (KETAHUILAH BERITA TERBARU UNTUK PASUKAN ANDA)

Ps: Akan datang senarai blog pilihan dalam bahasa melayu
Read more

0 baru ko tau Benitez



Hot, hot, hot: Rafa Benitez wipes the sweat from his face as Inter slump to Atletico



Bagaimana benitez terasa tak kepnasanya apabila dikalahkan 2-0 oleh Atletico Madrid di Piala Super Eropah di Monaco semalam.

sumber : dailymail

Read more
 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger