Featured

LIVERPOOL ,THE REDS, THE KOP DaHulu kInI dAN selaMAnYa butiran penulis:--> Nama diberi mohamad amin bin zainal abidin (Darion Daron) love The reds sejak dari darjah enam lagi.Pemain Liverpool yang paling diminati adalah Gerrard. perlawanan yang paling tidak boleh dilupakan adalah semasa liverpool vs AC milan 2005 champions league final. hope kawan-kawan enjoy dengan info dari blog saya ini. You'll Never Walk Alone :D

Showing posts with label home. Show all posts
Showing posts with label home. Show all posts

3 Pemain No 1 Dunia Peminat Liverpool


--Jersey yang disign oleh gerrard... Wau!!!!--

Mungkin anda sudah mengetahui perkara ini , namun disini rasanya tidak terlewat ingin saya katakan bahawa Caroline Wozniacki yang juga merupakan pemain tenis No 1 dunia yang berasal dari Denmark iaitu Negara yang sama dengan pemain Pertahanan Liverpool Agger, merupakan peminat sejati kepada pasukan yang kita cintai ini.



Dan dalam berita terbaru, dipetik melalui Twitter miliknya dia menjelaskan dia merupakan peminat Liverpool dan kini dengan secara langsung dia mempamerkan kepada media, gambar miliknya semasa Beliau memakai Jersey kapten kesayangan Kita dan juga Jersey tersebut telah ditandatangan oleh Gerrard sendiri. Bagaimana hebat tak…. Apa pun NYWA Caroline Wozniacki… bangga siot…. Go go go Liverpool ……



Read more

0 Tahniah Poulsen



Saya disini ingin mengucapkan Tahniah kepada pemain Liverpool, Christian Poulsen dan isterinya. Dimana pada Selasa malam yang lepas, siteri beliau telah selamat melahirkan bayi lelaki untuk pasangan bahagia ini. Hal ini juga selari dan jarak yang tidak jauh sejak Glen Johnson dan pasangannya telah dikurniakan anak pertama mereka.

Dan diharapkan dengan berita gembira ini, pastinya akan memberi semangat baru kepada Poulsen untuk lebih berkerja keras samada di dalam padang mahupun komitmennya dengan kerluarganya
Kami penyokong Liverpool di malaysia mengucapkan beribu tahniah atas kelahiran ahl baru The Reds. Akhir kata selamat berbahgian Poulsen... YNWA
Read more

0 Berkenaaan Agger, Gerrard dan LFC no 9


Bercakap kepada laman web rasmi Liverpoolfc.tv, Pengurus Liverpool Kenny Dalglish berkata bahawa dia tidak akan mengambil risiko untuk menurunkan kapten Liverpool Steven Gerrard dan striker Andy Carroll yang kini masih lagi berada dalam keadaaan mencari kecederasan tahap maksimum, semasa aksi yang piala europa yang bakal berlangsung di Anfield pada pagi jumaat ini.

Gerrard yang mengalami cedera semasa perlawanan menentang Chelsea di Stamford Bridge dua minggu lalu dan Carroll belum pulih dari cedera paha yang diperolehi semasa beraksi di Newcastle United sebelum menyertai The Reds.
Dalam laporan yang dinyatakan bahawa berkemungkinan bahwa pada perlawanan menentang Sparta Praha dalam aksi Piala Europa, Gerrard berkemungkinan tinggi akan diturunkan dan juga mengenai Carroll dia mungkin akan disenaraikan semasa perlawanan kempen Liga Perdana apabila menyaksikan Liverpool akan bertandang ke Upton Park untuk menentang west ham united yang kini ditakbir oleh Avram Grant.

tambah Daglish lagi…..
“kakitangan perubatan kelab sangat senang dengan kemajuan yang dipelihatkan oleh Carroll dan kini dia sudah menyertai squad dalam latihan, diharapkan sedikit masa lagi kami boleh mengunakan kekuatannya untuk memperkukuhkan barisan serangan Liverpool”

Sementara itu, pertahanan Liverpool Daniel Agger juga sudah bersedia untuk tampil menentang Sparta Praha di Anfield setelah ia pulih daripada kecederaan adductor semasa aksi persahabatan menentang England sebelum ini.

Pada pendapat saya (penulis) diharapkan semua tonggak Liverpool cepat pulih untuk mengukuhkan squad dalam aksi Piala europa mahupun aksi Liga perdana bagi memastikan hasrat untuk ke liga Juara-juara musim depan tercapat.

saksikan temubual mengenai Agger


Read more

0 Kuyt ingin terus kekal di Liverpool



Pada hari ini menurut sumber dari laman web rasmi Liverpool fc, melaporkan bahawa Dirk Kuyt kini senang dan gembira mengenai keputusan kelab yang ingin melanjutkan kontraknya dalam waktu terdekat ini.

Pemain yang merupakan pemain kebangsaan belanda dan juga salah seorang pemain yang pernah beraksi di Feyenoord FC, jika ditanya kepada seluruh peminat Liverpool, kuyt pastinya ramai akan menjawab dia merupakan pemain yang paling berkerja keras dan sentiasa memberikan aksi yang terbaik semasa beraksi untuk Liverpool. Kuyt juga terkenal dengan gelaran pemain yang sangat rajin dalam padang dan boleh diibaratkan seperti kehadiran Park Ji Sung di Manchester United yang membuktikan dia adalah pemain yang boleh bermain di segenap pelusuk dalam padang.

Tambah Kuyt lagi…..

“saya merasakan Anfield merupakan rumah saya, dan saya tidak mahu meninggalkan tempat yang begitu istimewa bagi saya”

“walaupun sebelum ini banyak rintangan dan halangan telah berlaku di Liverpool, namun saya percaya sejak kedatangan Daglish ke Liverpool semuanya Berjaya diubah kembali seperti sediakala”
Read more

2 Beza antara Suarez dan Torres…




Bukan hendak mengata atau memuji mana –mana pemain tetapi semuanya sudah terang lagi bersuluh. Sandiwara musim perpindahan januari lepas menyaksikan dimana perginya seorang pemain yang selama ini yang menjadi pujaan dan datangnya seoarang wira baru yang bakal menyerlah di Liverpool.


--kedatangannya ingin menyucapkan selamat tinggal---

Individu yang saya (penulis) maksudkan adalah Pemergian Torres telah menyebabkan kemarahan memuncak kepada seluruh penyokong Liverpool diseluruh dunia manakala hal yang sebalinya berlaku kepada pemain No 7 terbaru Liverpool Luis Suarez yang telah disanjung dan masih lagi mendapat tepukan gemuruh walaupun dia bukan lagi bergelar pemain pasukan lamanya iaitu Ajax.


--inilah yang dikatakan pengkhianatan--

Dan menurut apa yang dilaporkan dalam page rasmi Luis Suarez yang berkata bahawa dia berterima kasih kepada ajax yang telah banyak membantunya selama dia bermain di kelab tersebut dan juga disini saya sertakan video dimana Suarez kembali ke Ajax untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Penyokong ajax dan kepada semua ahli squad di Ajax. Dan ini juga membuktikan dia juga merupakan pemain yang sentaiasa mengingati segala jasa kelab kepada dirinya dan ini adalah bersongsangan dengan apa yang dilakukan oleh torres… ini mungkin pendapat dari saya( adakah anda setuju dengan apa yang saya katakana ini????)







Read more

3 Mungkinkah Aquilani kembali



Menurut seperti perkara yang dilaporkan dari web Goal.com yang mengatakan bahawa kini Juventus bersedia menolak kemungkinan untuk membayar sebanyak € 20 juta kepada Liverpool untuk mendapatkan kontrak secara tetap dari Alberto Aquilani dan juga dikatakan bahawa mereka hanya bersedia untuk membayar sebanyak € 6 juta untuk pemain ini.

Aquilani yang mula menyertai The Reds pada 5 August 2009, untuk mengantikan tempat dan kekosongan yang ditinggalkan oleh Xabi Alonso yang telah berpindah ke Real Mardrid. Nanum pada awal musim ini, dimana ketika itu Roy Hodgson telah mengambil keputusan untuk meminjamkan pemain kebangsaan Italy ini ke Juventus yang bertujuan untuk mendapatkan kembali kecederasan dan sentuhannya.

Namun kini, Aquilani tampil memberikan komen bahawa dia ingin kekal di Turin dan khabarnya dia ingin menyambung kontrak secara pemain kekal di Turin. Sejak Reds dibahaw kendalian Kenny Daglish, berkemungkinan pada awal musim depan Aquilani akan dipanggil balik ke squad kendalian Daglish. Bagi kita peminat pastinya inginkan pemain ini kembali ke Kem latihan di mellwood dan meneruskan perjalanan bola sepaknya di Liverpool.
Read more

0 senarai pemain pilihan Dahlish/Comolli

Dalam kerancakkan musim perlawanan piala europa, tidak dilupakan proses jangkaan pembelian yang disenaraikan oleh tampuk pimpinan Kenny Daglish dan Comolli, untuk memantapkan squad yang ada pada musim perpindahan yang bakal menjelama pada penghujung musim ini. Berikut adalah beberapa pemain yang telah dikaitan dengan proses perpindahan akan datang.

Arda Turan


Merupakan pemain kelahiran asal dari Istanbul, Turkey dan kini sedang bermain di kelab Galatasaray yang juga kelab yang berpengkalan di Turkey. Pemain ini boleh beraksi di posisi Attacking midfielder dan winger kiri. Hal ini juga adalah kerana dalam pasukan sekarang kita tidak mempunyai pemain yang benar-benar berpotensi untuk menggalas cabaran untuk memacu jentera serangan di sebelah kiri squad yang ada sekarang.

Kjær Simon

Dia merupakan pemain yang kini berumur 22 tahun dan juga merupakan pemain kebanggsaan Denmark dan juga pada masa sekarang pemain ini sedang beraksi di Bundesliga iaitu VfL Wolfsburg. Namun hal ini berkemungkinan merupakan salah satu cabaran beasr kepada Comolli untuk mendapatkan pemain pertahanan tengah ini, hal ini adalah disebabkan pemain ini juga telah mendapat perhatian dari kelab-kelab lain iaitu Real Madrid. Dan juga pemain ini Berjaya diserapakan dalam suquad yang ada berkemungkinan pemain ini akan menjadi salah seorang pemain pelapis kepada Carra dan meneruskan aksi cermelang pemain pertahanan sejak kendalian daglish di Liverpool.



Ibrahim Afellay


Berkemungkinan anda semua pernah mendengar nama pemain ini sebelum ini, hal ini berlaku adalah disebabkan pada era kendalian Roy pemain ini juga dijadikan sandaran untuk menyertai Liverpool. Salah satu sebab mengapa pemain ini menarik perhatian pihak pengurusan The reds adalah kerana pemain kebangsaan Belanda ini tidak bergitu gembira sejak menyertai Barcelona pada musim perpindahan januari lepas. Rentetan dari itu, sejak kedatangan Afellay di barca dia hanya disenaraikan sebagai pemain simpanan yang selalu memanaskan bangku simpanan, hal ini secara tidak langsung membuatkan pemain ini tidak gembira dan juga jika hal ini berterusan berlaku kemungkinan perjalanan sejarah bola sepaknya akan terbantut akibat terlalu banyak memanaskan bangku simpanan. Menurut sumber yang boleh dipercayai berkemungkinan Liverpool akan menawarkan yuran perpindahan sekitar £ 9 juta untuk mendapatkan pemain yang mempunyai potensi besar ini.
Read more

0 MATCH Preview : Sparta Prague vs Liverpool



FRI 18-Feb 4:00 pagi (Channel 817)Astro SuperSport 3
Live Streaming :
link 1
link 2
link 3

Banyak sejarah baru akan berlaku dalam perlawanan peringkat kalah mati ini, iaitu yang paling utama, berita secara rasmi yang diumumkan oleh Kenny Daglish mengenai kemasukan budak junior pemain Liverpool yang menunjukkan aksi yang memberangsangkan, kini Jack Robinson, John Flanagan, Raheem Sterling dan Conor Coady telah pun mencipta sejarah baru dalam pasukan yang mempunyai kelibat pemain muda yang mempunyai potensi besar.


---joe kembali cergas dan bersedia untuk diturunkan ---

Dengan kembalinya kelibat Joe cole yang saya (penulis) rasakan kembali cergas untuk disenaraikan dalam squad kendalian Daglish, saya pasti tanpa kelibat Gerrard, Agger yang masih lagi cedera serta Christian Poulsen yang sedang menunggu hari bahagianya dengan isterinya.

Secara jujurnya, dalam perlawanan ini akan menunjukkan kecederasan bagaimana Daglish menggunakan segala sumber yang ada di dalam squad sekarang untuk menghasilkan hasil yang pastinya membuatkan kita penyokong Liverpool kembali tersenyum lebar awal pagi esok. Dan saya juga berharap agar peluang dapat diberikan kepada pemain muda untuk menimba pengalaman yang berguna dalam aksi perlawanan kali ini.


--jika beraksi mereka berdua bakal mencipta sejarah baru kepada Liverpool fc--

Dengan Liverpool bertandang ke Generali Arena, yang merupakan gelanggang rasmi bagi Sparta Prague. Diharapkan agar semua pemain dapat menunjukkan kebolehan masing-masing dalam perlawanan ini untuk membawa bekalan berguna semasa aksi kedua yang bakal berlangsung di Anfield pada minggu hadapan. Sungguhpun Kita Liverpool hanya bermain di Liga Europa sahaja, sebagai peminat kelab yang mempunyai sejarah ini, saya pasti bahawa semua peminat mengharap yang terbaik bagi pasukan dan seluruh pemain yang memakai jersey kebanggaan kita ini.

---Raul Meireles adakah akan menjaringkan gol lagi?---

Jika bercerita mengenai statistik perlawanan dan andaian di atas kertas sememangnya keputusan menyebelahi kepada Liverpool, namun harus diingatkan dalam bola sepak segala kemungkinan boleh berlaku dan kalau sebaiknya kita tidak mahu menjadi seperti Manchester City yang terpaksa berhempas pulas dan hanya mencatatkan keputusan seri dalam perlawanan menentang Aris Thessaloniki FC dalam perlawanan yang berlangsung pada semalam hari.

Akhirkata diharapkan agar kemenangan ini menjadi permbakar semangat kepada seluruh pemain Liverpool dan kalau bercerita mengenai diri saya (penulis) diharapkan menang dalam perlawanan ini akan menjadi hadiah hari jadi saya. Sekian YNWA….

Kami sentiasa disisi mu Liverpool….. BoRn A rEd, DiE a ReD
Read more

2 Antara Raheem Sterling dan Gerrard



Dalam kehangatan persedian peringkat pusingan kalah mati liga Europa, semakin hangat diperkatakan mengenai isu kemasukan pemain muda yang mempersembahkan persembahan memukau semasa perlawanan peringkat separuh akhir yang menyaksikan Liverpool membelasah pasukan Southend United dalam kempen piala FA bahagian remaja.

Dalam perlawanan ini kita dapat lihat dimana pemain Raheem Sterling telah menjaringkan lima gol daripada jumlah gol keseluruhan iaitu 9 dengan tanpa balas. Mungkin anda semua sudah mengetahui bahawa pemain ini kini baru sahaja menyambut hari lahirnya yang ke 16 tahun pada bulan lepas.

Jika benar berita ini, kita sekali lagi akan menyasikan sejarah dan rekod baru tercipta dimana pemain ini akan menjadi pemain termuda dalam sejarah Liverpoolfc yang membuat penampilan dalam pusingan kalah mati liga europa apabila turun menentang Sparta Prague.


---Kemungkinan Liverpool beraksi tanpa kelibat Gerrard--

Namun begitu terdapat juga berita yang kurang sedap didengar kerana berkemungkinan bahawa kapten kesayangan kita Gerrard berkemungkinan tidak akan diturunkan dalam perlawanan akan datang ini kerana masih lagi bergelut untuk kembali cergas setelah mengalami kecederaan semasa menentang Chelsea di Stamford Bridge minggu lepas.
Read more

0 Jamie " pertahanan gentar untuk berhadapan dengan Andy"



Bercakap kepada laman web rasmi Liverpoolfc.tv Jamie Carragher yakin bahawa kombinasi Andy Carroll akan mampu menambah faktor ketakutan kepada sesiapa sahaja yang berhadapan dengan jentera serangan The reds.

Hal ini telah diakui sendiri oleh penolong kapten Liverpool ini, dalam komennya juga, beliau menyatakan bahawa “ sebelum ini kami mempunyai pemain yang tinggi lampai seperti Heskey atau Crouch dimana kehadiran mereka berdua ini telah memberikan impak yang berguna kapada kami semasa mereka beraksi untuk Liverpool.

Tambah Carragher lagi….

“walaupun Liverpool kini kehilangan Torres, kami Berjaya membawa masuk dua pemain penyerang yang benar-benar mempunyai potensi besar yang memberikan impak besar kepada kelab”


kata Carragher "Carroll akan menghantui mana pemain pertahanan"

Pada pendapat saya (penulis) ditambah kini dengan kehadiran Raul yang sudah menemui sentuhan golnya dan kembali meledak gol yang cantik, kini jentera serangan Liverpool boleh dikatakan sebagai serangan yang merbahaya untuk semua pertahanan kepada kelab lain. Dan juga kehadiran Carroll dan Luis Suarez nescaya Liverpool akan kembali bersinar kembali di bawah kendalian Kenndy Daglish.
Read more

1 VIEDO : Suarez vs Raheem

Skuad muda Dalglish membelasah Southend 9-0 dgn quarter final FA Youth Cup




suarez vs wigan


Read more

1 "Pengalaman di Liverpool sangat pahit untuk dikenang"



Salam dan selamat sejahtera kepada rakan Reds sekalian, maaf la, sudah hampir dua hari sudah blog ini tidak diupdate kerana pelbagai tanggungjawab lain yang lebih penting, dengan kerja kuliah, asiment dan proses nak buat tesis. Sibuk sangat. Namun pada entri kali ini saya terpaksa berkorban sedikit untuk menulis entri ini yang saya rasakan menarik dan boleh sama-sama kita kongsi makulumat ini.

Dalam berita terbaru yang saya baca dalam laman web, yahoo sport yang menyatakan kini pengurus baru pasukan west brom iaitu bekas pengurus Liverpool sebelum ini yang telah dipecat oleh pihak pengurusan liverpool. Roy Hodgson, akhirnya tampil kepada media memberikan komen yang agak kurang sedap dibaca oleh kita penyokong Liverpool.

Dalam komen tersebut Roy menyatakan bahawa sepanjang berkhimat di Liverpool di selalu “terluka” dan kini dia menjadi semakin kurang percaya kepada dirinya sendiri setelah kenangan pahit yang dilalui selama 6 bulan di mengendalikan Liverpool.

Tambah Roy lagi....

Dalam 36 tahun sejarah penglibatannya dalam pengurusan bola sepak, ini adalah kenangan pahit yang paling sukar dilupakan semasa bkhimat di Liverpool. Dan juga roy mengatakan dia senang dengan pengalaman selama menjadi pengurus The Reds dan dia kini gembira atas kembangkitan yang dialami oleh Liverpool pada masa sekarang.

Bagi saya penulis, segalanya sudah menjadi sejarah dan konsep ini sama seperti kes berkaitan dengan perpindahan Torres. Dan yang penting apa yang saya ingin saya ucapkan kepada Roy terima kasih atas segala apa yang anda seumbangkan kepada Liverpool dan paling penting sekali terima kasih kerana membawa masuk Raul Meireles, dan kini dia menjadi hero baru kepada kami semua penyokong Liverpool. Terima kasih Roy, semoga sukses dengan kelab baru anda.
Read more

3 MATCH Review : Liverpool 1- 1 Wigan



Perlawanan yang baik kawalan bola yang tampak sememangnya menyebelahi Liverpool. Namun seperti yang kita semua tahu, semua perlawanan dalam sukan bola sepak, nasib juga memainkan peranan dan ternyata hari ini nasib tidak menyebelahi pasukan kesayangan kita ini. Ketiadaan kapten kesayangan kita, Gerrard sememangnya dirasai dan sedikit sebanyak memberikan impak kepada barisan tengah The Reds.


---Raul memang memukau---

Dalam perlawanan menentang wigan ini, gol pembukaan dimulakan oleh jaringan volley daripada raul Meireles, yang dimulai oleh gerakan daripada hantaran Fábio Aurélio pada minit ke 24, kedudukan kekal pada separuh masa kedua, Pada minit ke 65' S. Gohouri menjaringkan gol penyamaan untuk wigan. Pada pendapat saya (penulis) gol tersebut adalah berada dalam kedudukan out side. Namun bergitulah bola sepak, kadang-kala bukan semua perkara yang dirancangkan dan boleh direalisasikan.


---persoalan" mengapa Meireles selalu dikeluarkan sebelum tamat perlawanan"--

Pujian juga kepada J. Carragher yang tampak tampil menunjukkan prestasi yang berkeyakinan. Dan juga kepada Luis Suarez bermain dengan prestasi yang memuaskan dengan banyak membuat percubaan merbahaya kepada gawang pihak lawan. Mungkin hanya masa yang menuntukan bila Suarez akan menjaringkan gol dalam perlawanan akan datang.


---Andy Carroll bilakah akan bermain untuk Liverpool---

Keputusan seri ini, mengekalkan kedudukan Liverpool dalam tangga ke 6 liga. Dengan 39 mata. Dan juga diharapkan kenanangan hari ini dapat dilupakan oleh squad kendalian kenny daglish dan kembali menumpukan pada kempen Liga eropa apabila kita (liverpool) akan bertandang ke Sparta Prague untuk meneruskan misi dalam mendapatkan tempat ke peringkat yang lebih tinggi. sekian YNWA.....
Read more

0 MATCH Preview: Liverpool vs wigan



Membawa semanagat dengan kemenangan minggu lepas, pada hari ini squad kendalian Daglish akan turun menentang kelab di tangga ke 17 dalam liga iaiatu Wigan. Dengan keadaaan kepten kesayangan kita Gerrard yang masih lagi berlumba untuk kembali cergas dalam perlawanan ini akibat kecederaan kecil minggu lepas, dan juga keadaaan Joe cole yang masih cedera serta Martin kelly yan juga dilaporkan mengalami kecederaan pergelangan kaki (tidak serius) dan juga skrtel yang masih dihantui oleh kecederaan paha.


---adakah kelly akan diturunkan?---

Kenny daglish berkemungkinan menghadapi sedikit masalah dalam memilih pemain utama dalam perlawanan malam ini. Diharapkan pada malam ini daglish akan membawa kembali Luis Suarez dalam squad utama untuk membolehkan pemain ini beraksi dalam perlawanan ini.


---Gerrard masih lagi bergelut untuk kembali cergas---

Diharapkan kepada squad yang bermain pada malam ini, bermain dengan penuh kesungguhan dan memastikan tiga mata penuh dapat dikutip untuk memgukuhkan kedudukan dalam tahta liga perdana bagai merialisasikan impaian untuk milihat The Reds kembali beraksi dalam kejohanan liga juara-juara musim depan. Dan akhir sekali jangkaan kemenangan malam ini Liverpool 2-wigan 0. Sekian YNWA....


Barisan jangkaan:




Liverpool: Reina, Kelly, Agger, Carragher, Johnson, Lucas, Gerrard, Rodriguez, Meireles, Aurelio, Kuyt, Suarez, Gulacsi,Wilson, Kyrgiakos, Poulsen, Jovanovic, Ngog, Pacheco.

Wigan: Al Habsi, Pollitt, Kirkland, Gohouri, Stam, Figueroa, Watson, Diame, McArthur, Thomas, N'Zogbia, McCarthy, McManaman, Rodallega, Lopez, Gomez, S Caldwell, G Caldwell, Boyce, Di Santo, Salmon, De Ridder.
Read more

0 Dave Whelan ingin Liverpool tewas....



---Liverpool akan tewas dengan Wigan---

Dalam keadaan suasana semua peminat dan penyokong pasukan yang bermain di Liga Perdana. Tetapi kini pada kali ini dengan secara lantang nak suara merdu pemilik wigan Dave Whelan, menyatakan komennya bahawa dia sememangnya berharap agar pasukannya akan Berjaya menewaskan Liverpool, semasa perlawanan yang bakal dilangsungkan pada sabtu minngu ini.

Dalam komennya lagi….

Dave Whelan, mengatakan bahawa Manchester United juga telah ditewaskan oleh Wolves, maka tidak mustahil Liverpool akan tewas ditangan. Dia juga berharap rekod 4 kemenangan dan tiada bolos yang dicipta oleh Liverpool dalam empat perlawanan sebelum ini akan dipecah oleh wigan di Stadium keramat kita (Liverpool) iaitu di anfield.


--hope gerrard kembali cergas semasa menentang wigan--

Pada pandapat saya (penulis), mungkin ini adalah satu bukti dimana semua pasukan semakin menghormati Liverpool sejak kelab dan squad dikendalikan oleh Kenny Daglish. Dengan rekod tanpa bolos dan menang 4 perlawanan setakat ini. Ini membuktikan semua pasukan di dalam liga semakin sedar dengan kebangkitan Liverpool.


--Jonjo Shelvey cedera selama 12 minggu--

Oleh itu selaku penyokong yang sentiasa menyokong Liverpool, diharapkan agar Daglish dapat membuktikan kehebatannya dalam memimpin pasukan. Dan juga diharapakan Kapten kesayangan kita” Gerrard” cepat pulih dari kecederaan untuk kembali bermain pada perlawanan menentang Wigan, dan juga kepada Jonjo Shelvey yang mengalami kecederaan semasa beraksi untuk England bawah menentang Perancis awal pagi rabu yang lepas.
Read more

1 MATCH Review video: Liverpool vs Wigan

saksikan komen pengurus mengenai perlawanan sepak mula antara Liverpool vs Wigan






Read more

0 Kisah sepasang kasut



Mengenai suka dan duka perjalanan hidup permain yang bernama Luis suarez.

Bukan semua pemain bola sepak sekarang bertuah mendapat kualiti dan latihan secara professional. Dan jika dilihatkan pemain seperti Carlos Tévez dari Manchester City juga dalam kalangan pemain yang asalnya dahulu dari kerluarga yang kurang kemampuan dan kisah lagi ini bukan berkenaan Teves, tetapi kisah pemain LFC no 7 kita ini iaitu Luis Suarez. Dan dia kini sah bergelar salah salah seorang pemain Liverpool, Luis Suarez, dalam laporan yang dipetik daripad sumber Liverpool Echo “ saya mengalami waktu-waktu yang sukar semasa membesar di Uruguay”

Banyangkan lah dengan adik beradik seramai tujuh orang yang telah dibesarkan oleh seorang ibu tunggal, ini secara tidak langsung membuatkan kehidupan Suarez pada zamannya membersar dalam keadaan serba kekurangan dan ini banyak memerlukan pengorbanan.
Pada usia umur tujuh tahun, Suarez berpindah ke sebuah bandar yang dinamakan Montevide. Disana lah permulaan bagi segalanya dalam penglibatan Suarez dalam sukan yang diberi nama bola sepak ini. Peluang pertama dalam kerjaya bola sepaknya apabila dia dipanggail untuk menyertai national youth camp di Argentina. Namun Suarez berkata “saya tidak mampu untuk pergi, kerana pada ketika itu saya tidak mampu untuk membeli sepasang kasut bola.

Dan pada berusia lingkurangan 14 tahun, Suarez telah dipilih untuk menyertai pasukan national de Montevideo, dengan kerjaan disana dia akhirnya berjaya dilamar oleh pasukan dalam liga belanda Groningen. Dan salah satu sebab dia berhijrah kesana adalah untuk lebih dekat dengan pasangannya (Sofia) yang kini bergelar isterinya.


Suarez dan isterinya Sofia Balbi dan anak mereka Delfina

Pada permulaan disana, suarez menegaskan dia mengalami masalah dalam pertuturan dan bahasa semasa di Belanda, kerana pada waktu itu Suarez tidak boleh berbahasa belanda mahupun bahasa Inggeris ini secara tidak langsung menyebabkan masalah komunikasi kepada dirinya.
Dalam debutnya di Groningenfc, suarez telah menjaringkan 17 gol dalam 37 penampilan untuk membantu pasukannya pada ketika itu berada dalam tangga ke 8 dalam liga. Dan selepas permergian Ryan Babel ke Liverpool pada sekitar tahun 2007, dan ajax telah memilih Suarez untuk mengantikan tempat yang ditinggalkan oleh Babel.

Tambah Suarez lagi….

“ ini adalah mimpi yang menjadi kenyataan dan sebuah langkah kemajuan dalam kerjaya saya," katanya. "Tentu saja tanpa berfikir dua kali,saya berpindah ke Amsterdam."

Dan kin mungkin sudah menjadi suratan dengan pemergian babel ke Liga German dan kini Luis Suarez pula ditakdirkan untuk mengisi tempat yang ditinggalkan oleh Babel. Ini lah yang dikatakan ketentuan dalam kehidupan. Dan bagi pendapat saya (penulis), memang agak teharu mendenager cerita perjalanan hidup yang dialami oleh Suarez dalam perjalanan kerjaya bola sepaknya pada zaman permulaannya. Ini lah yang menjadi penyebab mengapa seseorang akan menjadi lebih baik dan diharapkan agar kenangan dulu biar dijadikan sejarah dan yang terpenting sekali masa depan yang cerah pemain yang bernama Luis Suarez di dalam squad kendalian Daglish di Liverpool. YNWA Suarez……
Read more

0 Johnson" kiri atau kanan tidak penting"


Menurut berita terbaru yang dinyatakan dalam web rasmi Liverpoolfc.tv menyatakan bahawa Glen Johnson mengatakan bahawa dia kini bersedia untuk bermain dimana sahaja, jika arahan ini diberikan oleh pengurus Liverpool Kenny Daglish.

Hal ini adalah berturutan dengan konsep baru yang diaplikasikan oleh Daglish sejak kembali memimpin Liverpool dalam enam perlawanan dalam Liga Perdana lewat ini.

Tambah Johnson lagi…..

“Apa yang penting bagi saya adalah kemenangan yang diperolehi oleh pasukan, dan jika saya bermain di sebelah pertahanan kiri dan ini akan membantu Reds untuk mendapat kemenangan, saya rela lakukannya”

Disamping itu juga Glen Johnson juga mengakui dengan prestasi terbaik yang dipamerkan oleh Martin Kelly yang semakin hari menunjukkan peningkatan dalam corak perminannya di sebelah pertahanan kanan.

pada pendapat saya(penulis ) inilah yang perlu diperlihatkan oleh semua pemain, dan prestasi pasukan paling penting dan kemenangan adalah perkara pertama dipikirkan oleh semua pemain. YNWA Reds......
Read more

0 video LFC terbaru

saksikan video petikan dari you tube kepada Kenny Daglish/Raul Meireles vs Chelsea/Lucas Leiva vs Chelsea










Read more

4 United ada hati nak beli Reina



Jujurnya saya memang tidak begitu bimbang mengenai berita yang kini semakin hangat diperkatakan dalam media internet dan dari laman web sukan yang lain. Beritanya adalah kes ataupun boleh juga dilebelkan spekulasi buruk yang sengaja untuk membuatkan web atau blog mereka akan banyak dimasuki pengunjung dari seantero dunia.

Dimanakah kebenaran berita ini, dalam berita ini mengatakan kini penjaga gol dan salah seoarang pemain tunjang bagi Liverpool Pepe Reina dikatakan sedang hangat dengan spekulasi untuk berpindah ke rival sejati dahulu kini dan selamanya, Manchester United.

Dikatakan juga, salah satu sebab mengapa United ingin sangat mendapatkan Reina adalah kerana, pada penghujung musim ini penjaga utama mereka, Edwin van der Sar yang telah menyatakan hasratnya untuk berasa dan mengantung but dan sarung tangannya. Dan harga yang ditawarkan oleh United adalah sekitar £20 juta.

Pada pendapat saya, semua ini hanya spekulasi semata-mata, kerana untuk pengetahuan anda pada musim perpindahan yang lepas United telah membeli penjaga gol baru yang bernama Anders Lindegaard dengan kontrak 3 tahun setengah, dikatakan pemain ini sebelum ini bermain di Aalesunds FC. Yang merupakan kelab yang pernah melahirkan pemain bintang seperti John Arne Riise yang pernah menabur bakti untuk Liverpool pada era tahun 2001–2008 dan pernah menang kejuaran Liga Juara-juara pada tahun 2005 dengan Liverpool.

Ps: Namun segala mungkin bila berkaitan dengan perpindahan pemain, malah Gerrard juga sedang diintai oleh jose mourinho. Hope berita ini adalah khabar angin semata-mata.YNWA Reina. Please don’t go….


masih lagi ingat kata reina, hope dia masih lagi pegang janji dia....

"Obviously, I want to be part of a team that has the chance to win the title, win major trophies and to play with the best players - but I expect that to happen here at Liverpool, and for the club to return itself to that level. I plan to stick with my contract"

sila pergi ke link ini.....
Read more
 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger