Salam. Walaupun hujung minggu lepas, menyaksikan tiada aksi liga perdan atas memberi laluan untuk perlawanan persahabatan dan kelayakkan Euro. Namun kita sebagai Reds fan pastinya tidak akan melupakan bahwa sabtu ini, kita akan melayan kunjungan United di gelanggang keramat kita Anfied.
Namun kali ini, saya bukannya hendak menulis match priview, namun persoalan ini semakin hangat dipikirkan oleh saya(penulis) apabila membaca berita terkini di web web rasmi kelab yang menyatakan bahawa bek kanan utama pasukan kita “en Glenjohson hendak kembali semasa menentang United minggu ini”
Apabila membaca berita ini, terus terpahat kt dalam kepala hotak saya, siapakah yang sewajarnya diturunkan Kelly atau Johnson. Lupakan di bahagian bek kiri yang sememangnya si Jose Enrique dengan aksi konsisten beliau itu serta sekaligus menolak fabio Aurelio di barisan simpanan. Cuma yang memeningkan kepala siapa agak-agaknya akan digunapakai oleh Kenny di bahagian kanan pertahanan kita.
Memang benar ada pendapat yang mengatakan bahawa kelly adalah pertahanan yang lebih kepada defensively (pertahanan bertahanan), manakala johnson selalu digunakan dalam offensively(pertahanan menyerang).
Persoalan yang besar disini, manakah yang lebih sesuai digunakan untuk memikul beban bek kanan yang seperti kita tahu united memang mempunyai wing yang boleh pantas dan sememangnya hantaran lintang dari “Nani” memang merbahaya, dimana statistik menunjukkan musim ini sahaja nani telah menjaringkan 3 gol dan membuat 3 hantaran gol (Assists).
Disebabkan alasan yang dinyatakan tadi, saya ingin bertanya kepada anda semua. Manakah pemain bek kanan pilihan anda semasa menentang United, Kelly atau Johnson???????.... JAWAP JANGAN TAK JAWAP YE... ( lau bgus ngan sebab/ faktarnye sekali)
4 comments:
Simple, pilih kelly.. sebb dye bagus kalau berthn.. me be xbape bgus dr segi attacking berbanding johnson.. Tp nk kawal nani 2 bukan keje senang.. huhu.. so, my vote goes to kelly
Bagi sy,sy akan pilih johnson sebab Nani laju & Johanson pun laju untuk mengatasi Nani.Kalau Kelly memang dia bagus dlm b'tahan,tapi p'gerakkan dia agak slow,takut dia xdpt nk kejar Nani...
Dengan adanya Johnson boleh membantu atas untuk membuat overlap....
pakai 5-3-2 la johnson & enrique jd sweeper so kalau johnson menyerang kelly dah ada kat belakang sedia utk block nani.
reina
glenjohnson-kelly-carra-skrtel-enrique
henderson/bellamy-adam/lucas-downing
suarez-carrol/kuyt
bangku simpanan - kuyt,gerrard,maxi
len said...
bagi saya kelly yg perlu diturunkan...johnson baru jg sembuh dari kecederaan... comment "Mie" sy tak berapa setuju, sebenarnya pada padangan saya kelly lebih pantas daripada Johnson...cuma pengalaman Glen Johnson lebih sikit berbanding dengan Kelly...tapi utk kuatkan lagi bahagian defend sy lebih setuju Comment/pandangan "azfar hranica"...
Post a Comment