MATCH Preview: Stoke City vs Liverpool



Salam dan selamat sejahtera kepada semua rakan Reds sekalian. Minggu ini dalam kempen liga perdana banyak disaksikan perlbagai kejutan yang berlaku dimana, kebanyakkan pasukan yang diberi pilihan untuk menang gagal untuk beraksi dengan cermelang. Keadaan sama juga berlaku kepada pasukan kita juga, apabila kita ditakdirkan teraksa akur dengan keputusan seri dengan Norwish,walaupun banyak peluang terhidang untuk menjaringkan gol.

Namun, semua itu sudah dijadikan sejarah. Perjalanan diteruskan lagi dalam kempen piala liga, ataupun biasanya dikenali sebagai Carling Cup. Saingan dalam persperktif pusingan ke 4 ini nampak semakin mencabar apabila sekali lagi kita diundi dengan pasukan ragbi yang bermain bola, iaitu tidak lain tidak bukan The stoke a.k.a Stoke City.

Diharapkan dalam perlawanan ini, diharapkan kita lupakan sebentar kenangan perlawanan lepas, dan diharapkan segala kelemahan lepas dapat diperbaiki untuk meneruskan perjuangan membawa impian membawa 1 piala di Anfield musim ini.

Perlawanan ini juga juga, barisan pertahanan perlu lebih peka terhadap hantaran bola lintang dari pemain stoke, dan gaya permainan kasar yang diamalkan oleh anak didik Tony Pulis. Diharapkan pada perlawanan ini kita akan berjaya layak ke peringkat seterusnya sekaligus memecahkan rekod tanpa kalah di Britannia Stadium yang dipegang oleh stoke sejak bermula kempen 2011/2012.

malah menurut Gerrrard di LFCTV ....
"matlamat utama LFC untuk musim ini untuk kembali di empat pasukan teratas dan juga pada masa yang sama pasukan juga ingin membawa sekurangnya satu trofi, seperti piala FA dan Piala Liga"

Hal ini juga menunjukkan bahawa betapa pentingnya perlawanan menentang stoke ini, dan diharapkan agar pasukan kita mengecapi kemenangan untuk layak ke pusingan seterusnya, dan kepada rakan semua teruskan percaya... YNWA.....

comment 2 comments:

Anonymous said...

xde live ke match ni?

Anonymous said...

http://www.watch-free.tv/watch-live-tv-sports-online/

bleh cek kat sini kalau ada tenet ler....

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger