"Caling Cup" berdepan Chelsea di Stamford Bridge



Salam dan selamat sejahtera .

Minggu ini kita menyaksikan kita memperolehi kemenangan semasa dalam kempen liga perdana dengan menewaskan pasukan roy hasil jaringan dua pemain duo A si Andy dan Adam. Namun pada masa yang sama kita juga layak meneruskan perjuangan dalam kempen Trofi piala liga, ataupun yang biasanya dipanggil oleh orang2 kt Britsh sana “ Carling Cup”.

Setelah menewaskan Stoke minggu lepas, kini dalam peringkat suku akhir kita akhirnya diundi untuk turun menentang Chelsea yang bakal berlangsung di Stamford Bridge.

Menurut sumber LFCTV menyatakan perlawanan ini akan berlangsung sekitar bulan November 29 atau 30. jika melihatkan pada jadual perlawanan pasukan, jelas sekali menunjukkan bulan depan pasukan kesayangan kita akan ke stadium Stamford Bridge sebanyak dua kali.

Dimana pada 20 November kita sememangnya sudah diundi untuk kesana dalam kempen Liga Perdana dan lebih memeritkan lagi pada minggu depannya (27.11) pula kita terpaksa melayan anak buah Roberto Mancini juga dalam kempen Liga perdana, serta pada pertengahan minggu nya pula kita sekali lagi terpaksa berkunjung ke stadium jambatan Stamford untuk aksi Carling Cup.

Jadual ini sememangnya akan memenatkan semua pemain dan juga pada masa yang sama dalam temph 2 minggu kita terpaksa berkerja keras dengan menentang dua pasukan yang sememangnya digeruni dan tidak salah saya kata kan , City dan Chelsea adalah pasukan yang mempunyai mutu permainan yang berkualiti.

Pada pendapat Saya (penulis),

"amat risau akan tahap kecederaan mental dan fizikal pemain utama, sebagai contoh Suarez dan Reina yang seperti kita tahu, dalam setiap perlawanan kehadiran mereka amat ditagih oleh pasukan. Kerana dalam pasukan kini tiada yang benar berkualiti yang mampu menjadi pengganti untuk suarez dan Reina"

Apapun saya pasti Kenny dan pihak pengurusan sudah mempunyai plan dan stategi untuk melalui hari2 sukar itu, kerana jadual maut macam inilah yang bakal dilalui oleh Pasukan jika kita Berjaya layak ke Liga Juara2 musim depan. ….. betul tak geng2 semua….

Perlawanan lain:…

Arsenal v Manchester City
Manchester United v Crystal Palace
Cardiff v Blackburn

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger