Analisis kebenaran komen dari Suarez



Agak mengejutkan juga, apabila membaca komen yang dikeluarkan oleh pemain yang kini menjadi pujaan ramai peminat LiverpoolFc di sekitar dunia.

Antara intipati komen dari pemain memakai jersey no 7 ini berbunyi....

Suarez dengan lantangnya menyatakan pendapatnya yang berbunyi "musim ini Liverpool tidak berpeluang untuk memenangi Tahta Liga Perdana Inggeris"

tambah Suarez lagi....

"Kami akan cuba untuk menamatkan saingan Liga di empat terbaik"

"Sebab utama mengapa ia begitu sukar kerana Manchester United dan City serta Chelsea sangat sukar untuk dijangka"

"sebaliknya apa yang perlu diberikan tumpuan kepada saingan Piala"


Apabila membaca komen yang dinyatakan oleh Suarez ini,apakah anda semua setuju tidak setuju dengan pendapat ini.Kalau ada orang bertanya kepada saya (penulis), jawapan saya terhadap persoalan ini, saya juga bersetuju dengan pendapat yang dinyatakan oleh pemain no 7 pasukan kita ini

sebab pertama


Kewujudan Manchester United dan City serta Chelsea benar2 sukar untuk dijangka ditambah juga kelibat pasukan yang setaraf dengan Liverpool seperti Spurs dan Arsenal membuatkan saingan merebut tahta Liga Perdana menjadi begitu sukar.

sebab kedua

Dengan baki perlawanan Liga sebanyak 31 match lagi ia merupakan perjalanan panjang yang memerlukan aksi konsisten pada setiap perlawanan.

sebab ketiga

kecederasan pemain utama pasukan yang berfungsi sebagai tulang belakang kepada pasukan seperti Suarez, Reina dan Gerrard perlu sentiasa kekal cergas bagi memberikan kemenangan yang berterusan kepada pasukan dalam setiap perlawanan.


Namun pada masa yang sama, saya juga mengharapkan sedikit keajaiban yang bakal dilakukan oleh pemain2 dan sentuhan taktikal serta kata2 semangat dari KING KENNY untuk menamatkan ketandusan piala sejak tahun terakhir kita memenangi Gelaran Liga pada musim 1989–90.

Ps--->>>>
Dan 3 sebab itu adalah pendapat dari saya, bagaimana pula dengan korang??

comment 5 comments:

raja merseyside on October 7, 2011 at 4:17 AM said...

aku rasa mcm betul je apa yg mamat ni katakan..city dh jdi gila babi...man u pon x kurangnya...chelsi dh nmpak bisa..mungkin sukar jgak rsanya nak capai takhta..tapi apapon we are family...itu yg penting...

Anonymous said...

pendapat suarez ni mungkin sebenarnya ditujukan pada rakan2 sepasukan liverpool utk menaikkan lagi semangat rakan2 dlm team.. pendapat aku liverpool memerlukan sorang lg pemain pertahanan tgh ,gary cahill menjadi pilihan aku..

RABUN on October 8, 2011 at 12:55 AM said...

Setiap posisi kene ada back up terbaik, itu yang dorang ada yang liverpool tak ada...

Suarez mungkin perasan tang benda ni, masalah liverpool sejak dua tiga menjak ni ialah kegagalan melayakan diri ke CL, Pemain terbaik menjadikan CL sebagai garis panduan untuk memilih pasukan,

jadi LANGKAH PERTAMA adalah melayakan diri antara 4 pasukan terbaik...kayu ukur Liverpool buat masa ni untuk merebut slot terakhir ialah Spurs, newcastle atau vila.... Arsenal aku kurang pasti...situasinya mungkin sama ngan liverpool dulu, mungkin boleh bangkit dipertengahan liga macam liverpool lakukan...jadi jangan sisihkan Arsenal

Tapi dalam bola sepak apa saja boleh berlaku...apa yang penting bermain baik untuk setiap perlawanan, dan dapatkan keputusan yang baik

Peminat setia Liverpool said...

Aku rase ada btl jg kate Suarez tu disebabkan Liverpool terlalu mengharap sentuhan Suarez, Gerrard, Carragher dan Reina. Jikalau mereka injured tk ade siape yg mampu menganti mereka. Aku rase Caroll akan bangkit dan Downing akan menamatkan kemarau jaringannye ketike menentang musud tradisi iaitu MU.

Anonymous said...

Len said...
Suarez komen begitu sebab dia x mau Fans KOP terlalu mengharap utk menyamai semula rekod MU, dimana sasaran utk juara 19 kali Liga Perdana Inggeris terlalu tinggi...komen nya juga mungkin boleh mengurangkan tekanan kpd pemain2 Liverpool...mungkin sasaran utk Champion League or top 4 sudah memadai...tapi memang tidak dapat di nafikan MU & M.city memang menjadi game mereka awal2 musim ni...tapi ingat Liga masih awal..seperti satu ketika dulu pasukan kita Liverpool juga pernah berada di atas liga utk beberapa bulan tapi last2 liga MU potong n juara...yang paling penting Faktor kecederaan, displin pemain (mengelakkan kad merah & kuning), nasib & persefahaman antara pemain2 dengan coach yang harus di maintain kan..n pemain mesti kreatif / berani buat sesuatu game lain daripada yang lain (seperti Suarez ketika mengelecek bebearapa pemain MU sebelum Dirk Kuyt menyempunrnaka hantarnya... pada pendapat saya masa tu pemain pertahanan MU tak sangka suarez akan buat gorengan itu :)...satu lagi sebenarnya pemain2 simpanan KOP juga memang yang terbaik cuma kurang bermain dalam Liga...

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger