MATCH Review : Tottenham Hotspur 4- 0 Liverpool



Tiada kata yang mampu menggambarkan perasaan penulis terhadap perlawanan hari ini. Cuma blog ini dan menjadi saksinya, betapa penulis mencintai kelab dan betapa pentingnya blog ini dalam menjadi peneman untuk melepaskan peraasaan, tidak kiralah pasukan kita menang, seri atau kalah. Memetik kata-kata yang diungkapkan oleh saudara Ruli Rafiizh Janitra dari fb beliau “Always support the team, no matter how bad they are playing ! Walk On With Hope In Your Heart, Reds ! YNWA”


Ok la... overole pada pendapat penulis....

Permulaan yang pantas dari anak didik Redknapp sememangnya hampir memusnahkan seluruh percaturan yang dilakukan oleh Kenny untuk perlawanan kali ini. Gol yang dijaringkan seawal minit ke 7 oleh Luka Modrić, menjadi bukti pasukan kita terperangkap dengan kepantasan larian dari pantas G. Bale. Hal ini telah membuatkan corak permainan masa pertama agak kelam kabut, ditambah dengan penyakit lama Agger yang mengalami kecederaan dan terpaksa ditukar dengan S. Coates pada minit 27 benar-benar membuatkan barisan pertahanan rapuh apabila Spurs menyerang kubu kita.

Mengenai kad kuning kedua Adam, jujurnya saya mengakui bahawa tindakan pengadil adalah benar, disebabkan kita kehilangan adam di bahagian tengah, membuatkan jentera serangan untuk mencari gol penyamaan menjadi semakin sukar.

Separuh masa kedua tampak segalanya makin serba tak kene, dan pada minit ke 63 kita kehilangan M. Škrtel yang dibuang padang akibat kad kuning kedua. Hanya sembilan pemain di atas padang jelas menunjukkan penguasaan bola berterusan dari spurs, Tanpa menunggu lama J. Defoe pula menambah derita kita malam ini, diikiuti dua minit selepas itu Adebayor pula menjaringkan gol membuatkan kedudukan menjadi 3-0. Seakan pemainan tampak akan tamat sekali lagi pemain pinjaman dari Man city, Adebayor menjaringkan gol . full time 4-0.

Pada pendapat saya(penulis), perlawanan ini bukanlah salah semuanya diletakkan kepada keputusan pengadil yang melayangkan 5 kad kuning dan 2 kad merah kepada Škrtel dan Adam, Cuma yang saya nampak adalah kelemahan mentaliti pemain yang begitu ampuh yang tenggelam disebalik sokongan kuat dari penyokong di White Hart Lane.

Disebabkan inilah pada perlawanan akan datang kita memerlukan seorang pemimpin di dalam padang yang akan memberikan motivasi kepada rakan sepasukan dan juga mempunyai perwatakan seperti seorang pahlawan yang mampu membimbing serta menjadi tulang belakang kepada pasukan. Dan individu ini adalah Our greatest captain “Steven Gerrard” kerana dialah penyelamat pasukan dikala kita sedang lemas dan dialah penyelamat walaupun semua orang ckp itu mustahi. Betul tak kawan2???


comment 2 comments:

Anonymous said...

sakit hati melihat liverpool kalah. kite memerlukan manager seperti rafa benitez atau mourinho!!!! inilah realitynya
king kenny sorry!!!! you are fail!! kita belanja >100 million, tapi keputusannya kalah dengan stoke dan spurs. sakit hati.

jilah said...

tensi...kalah lagi...why oh why??? kitanyer midfield langsung x berfungsi??? banyak yg kena improve kalau betul2 nak bersaing dgn si setan tu (15/10/11 nanti)...depa kalahkah si spur dgn 3 gol, kita lak bolos 4 gol(itu pun sebab REDS tinggal 9 nak lawan lak 11 org...susah giler...)aduh...risau2...minta si gerrard ,kelly cepat lah sembuh...and aku rase kalau nak main 442 (2 strikers tu) baik ganding si suarez dgn bellamy/kuyt..drpd dgn si carroll...

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger