Arsenal dan Liverpool nasib yang serupa.




Sebelum anda semua membaca entri ini, saya ingin menyatakan bahawa artikel ini bukan hendak menyinggung mana-mana pihak ataupun mana-mana penyokong kedua pasukan. Cuma kadang kala saya teringatkan kembali nasib pasukan kita (liverpool Fc ) pada musim 2010/2011 yang lepas dimana, pada musim sebelumnya iaitu musim 2009/2010 menyaksikan The Reds menamatkan saingan di tempat ketujuh dan selepas itu terdapat banyak gile spekulasi yang menyatakan bahwa pemain bintang kita pada masa itu contohnya Gerrard, Torres akan meninggalkan kelab kerana ketidakpastian akan masa depan mereka di kelab, namun dengan dugaan itu menyaksikan bahawa kita berjaya mengekalkan Gerrard dan torres pada ketika itu, tetapi pada akhirnya kita kehilangan RafaBenitez akibat keputusan kurang memuaskan pada musim tersebut. Dan pada januari pula Torres mengejutkan kita semua dengan perpindahan saganya ke The Blues. Namun semua dah berlalu!!

Dan kini semua masalah dan ketidakpastian itu sudah tiada lagi kehadiran owner kita yang tersangat lah hensem si pak cik John Henry dan kemasukan semua Kenny (The King) seolah-olah memberikan ruang dan cahaya baru kepada kelab.

Kini pada penglihatan saya nasib yang hampir serupa dialami oleh pasukan yang bakal kita tentang minggu ini iaitu siapa lagi Arsenal, dengan mereka yang pada musim lepas entah tak tahu mengapa prestasi permainan mereka tiba-tiba merudum dan juga perpindahan kapten @ tunjang pasukan iaitu si mamat Fabregas yang kononnya tersangat menicintai kelab zaman beliau kecik-kecik dulu. Dan menjadikan alasan utama beliau kepada peminat The Gunners untuk dia meninggalkan kelab (PS itu hanya agakkan penulis sahaja ) . dan kini pula kononnya si pemain kecik molek Samir Nasri juga mahu meninggalkan pasukan Arsène Wenger yang pada masa yang sama mereka sedang kekurangan pemain akibat kecederaan pemain.

Apa yang ingin disampaikan adalah bukannya hendak menyatakan saya simpati dengan nasib penyokong Arsenal namun apabila melihat keadaan mereka saya Cuma teringatkan keadaan Liverpool FC pada dua musim lepas iaitu iainya adalah sejarah hitam kepada sesiapa sahaja yang pernah mempunyai kaitan dengan Liverpool. Dan APA2 PUN SABTU INI MESTI MENANG DENGAN ASRENAL YEK.... YNWA

comment 1 comments:

sale_ehs gerrard on August 19, 2011 at 12:41 AM said...

Walaupun team Arsengal ni musuh, tapi SG lebih hormat team & penyokong mereka. Boleh dikatakan Liverpool & Arsengal adalah bersaudara walaupun x seiring. Bersimpati adalah lebih baik dari mengatakan padan muka.

Mungkin badi yang melekat pada Liverpool sebelum ini telah terpalit kepada pasukan ini. Mereka juga dahagakan kejuaraan seperti pasukan kita. Malangnya nasib mereka nampak lebih buruk lagi bila ramai star2 mereka membawa diri.

Wenger sepatutnya menukar polisi yang sebelum ini lebih mementingkan pengeluaran produk2 baru dari akedemi mereka. Wenger harus berani membeli pemain2 yang bertaraf bintang2 untuk menyakinkan kembali pemain2 yang sedia ada.

Pernah penyokong2 Arsengal ni berkata, Arsengal sebenarnya hanya meletakkan target untuk kelompok 4 sahaja. Untuk kejuaraan memang susah disebabkan terlalu berjimat cermat (kedekut) dalam pembelian pemain.

p/s: Semoga Sabtu nanti, Liverpool dapat menggunakan kesempatan diatas huru haranya pasukan ini sekarang. Menang adalah jalan terbaik untuk mengembalikan moral pemain2 Liverpool. YNWA

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger