Walaupun pada dasar dan faktanya, perjungan untuk merebut kedudukan slot terakhir layak ke liga Juara-juara sudah tertutup rapat, namun menjelang perlawanan hidup dan mati serta boleh dinamakan perlawanan penentuan dan terpaling penting untuk musim ini, iaitu pada malam ahad ini pasukan kesayangan kita akan melayan kunjungan anak didik Harry Redknapp ke gelanggang keramat kita iaitu tidak lain kita bukan adalah “ Anfield”
Dengan berita gembira yang sudah pasti anda semua tahu, bahawa kini kenny daglish sudah rasmi menjadi pengendali kelab untuk tempoh tiga tahun mendatang. Pastinya berita ini akan menambahkan semangat seluruh pasukan dan tidak dilupakan kepada seluruh penyokong Liverpool di mana sahaja anda berada untuk menonton perlawanan ini malam ahad ini.
Dengan jika dilihatkan kepada perstasi semasa kedua pasukan sememangnya, menyebelahi pasukan kita iaitu dengan 5 perlawanan terakhir berjaya menang 4 perlawanan dan berjaya menjaringkan hampir 17 gol. Manakala Tottenham Hotspur pula dalam 5 perlawanan terakhir hanya seri 2 kali dan tewas 2 kali.
Namun ini hanyalah andaian di atas kertas sahaja, dan perkara yang boleh kita penyokong lakukan pada perlawanan ini adalah memenuhkan segala pelosok kedai-kedai yang menayangkan perlawanan ini. Dan semoga kemenangan akan mengiringi kita semua kelak.
Dan pada perlawanan ini juga, andaian saya bahawa kenny pastinya akan menggunakan corak semasa pasukan dan pemain utama semasa pasukan, dengan kelibat gandingan trio mantap dari Suarez, kuyt dan Maxi pastinya, pasukan kendalian Harry Redknapp perlu berjaga-jaga untuk bermain pada perlawanan ini, serta diharapkan kita berjaya menang dan mengekallkan rekod tanpa kalah di Anfield sejak Kenny mengambil alih pucuk kepimpinan pasukan serta mengesahkan slot terakhir untuk bermain di Liga Europa musim depan. Serta membalas kembali dendam pada awal musim ini, dimana kita tewas 1-2 kepada spurs .
Berikut adalah sedikit info mengenai perlawanan ini:
Info perlawanan antara kedua pasukan ...