Happy Birthday Gerrard !!!!!



Salam dan selamat sejahtera. Rasanya tidak terlambat untuk saya (penulis) di blog ini ingin menyatakan SELAMAT HARI JADI kepada laptem kesayangan kita semua iaitu Steven Gerrard yang secara rasminya menyambut hari jadi beliau yang ke 31 tetap pada 30 mei semalam...

Mungkin inilah yang boleh dikatakan dan ditulis oleh saya, dan mintak maaf tidak dapat menulis dengan lebih panjang lebar. Semoga Liverpool dan gerrard selamanya di hati kita semua dan akhir sekali kepada sesiapa yang belum tahu 16 Julai. Liverpool akan berkunjung ke Malaysia dan menentang squad kebangsaan Malaysia. Dan pastikan anda semua datang ye... mai ramai-ramai kita gegar bukit jalil ye.......

Berikut entri khas untuk mu Gerrard.....

Merupakan pemain kebangsaan dan pemain tetap Liverpool Fc sejak dari berumur 9 tahun lagi... dan beliau dilahirkan dengan nama penuh Steven George Gerrard pada Lahir, 30 Mei, 1980, di Whiston, Merseyside, Gerrard mula bermain bersama di pasukan Whiston Juniors, di mana dia diperhatikan oleh pengintip Liverpool.

selepas itu itu pemain yang penuh dengan stail dan penuh dengan kejutan serta boleh menaikkan semanagat pasukan tidak kira di perlawanan mana pun , Dia (Steven Gerrard) tanpa menoleh lagi dan terus memulakan kerjaya bola sepaknya dengan menandatangani kontrak profesional pertamanya dengan Liverpool pada tarikh 5 Januari 1997.
Memulakan debut pertamanya untuk pasukan yang penuh dengan sejarah ini pada tarikh 29 November 1998 di perlawanan menentang Blackburn Rovers sebagai pengganti minit terakhir dimana beliau masuk menggantikan Vegard Heggem.

Sejak hari itu dengan segala suka dan duka dia telah menjadi pemain kunci untuk liverpool dan untuk pasukan kebangsaan Inggeris. Dan kita semua tahu dia adalah pemain penyerang/ tengah terbaik di dunia.

“ Dan semoga Gerrard selamanya akan berada di Liverpool kerana dialah Liverpool dan Liverpool adalah gerrard dan boleh diibaratkan bahawa tiada melodi lagi di Liverpool jika tiada Gerrard, semua pemain boleh tinggalkan Liverpool namun jika Gerrard meninggalkan Liverpool entah apa yang akan terjadi kerana dia lah tunjang pasukan kita”
Sekian YNWA



comment 4 comments:

Unknown on May 31, 2011 at 1:09 AM said...

tabik gerrald!!

Wan Gerrard on May 31, 2011 at 2:17 AM said...

Stevei G terbaik :)

namialus67 on June 2, 2011 at 9:54 AM said...

Terbaeek!!!!

akzmal_98 said...

STEVEN GERRARD pemain terbaik liverpool selama-lamanya..!!!!!

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger