MATCH Review : SC Barga 1- 0 Liverpool





Perlawanan yang belansung pada awal pagi tadi, menyaksikan dimana, pasukan kesayangan kita tewas mengejut kepada sc Braga, dengan jaringan 0-1, yang bepunca daripada sepakan penalti daripada pemain Braga, iaitu Alan yang Berjaya menewaskan Reina dalam sepakan penalti pada minit ke 18 pada separuh masa kedua.

Dalam perlawanan ini juga menyasikan, Andy Carroll membuat penampilan sulungnya untuk Liverpool dalam peringkat saingan Liga Europa. Carroll yang masuk pada minit 57 apabila turun untuk menggantikan C. Poulsen.


--detik ini yang membezakan dua kelab pada perlawanan ini!--

Walaupun tewas, namun Kenny Daglish tetap optimis dengan perkembangan dan prestasi yang diperlihatkan oleh squad, kerana pada minggu hadapan perlawanan timbal balik akan dilangsungkan di stadium keramat kita iaitu di Anfield. Dan dalam perlawanan menentang tersebut, pastinya pasukan akan lebih bersedia dari aspek fizikal dan mental untuk menang dalam perlawanan tersebut serta meneruskan perjuangan ke peringkat suku akhir Piala Europa, yang boleh dikatakan sebagai piala yang dijadikan sandaran oleh kelab dan Kenny daglsih.



---Kita jumpe di Anfield nanti yek!!---

Secara jujurnya pada pendapat saya (penulis) tanpa kehadiran dua tonggak kelab Steven Gerrard dan Luis Suarez sememangnya dirasai dan boleh diperlihatkan dari aspek serangan pasukan yang Nampak sedikit tempang, namun selalu penyokong pasukan ini, saya juga tetap optimis dan percaya semasa aksi di Anfield minggu hadapan pastinya Kenny mempunyai jalan penyelesaian untuk memastikan piala Europa kembali semual di Liverpool.


---Carroll terpaksa memakai jersey no 29 kerana si torek dah pakai dah sebelum ini!!!---

Kepada rakan semua , teruskan menyokong kelab dan dalam tempoh seminggu ini pastinya Kenny dan pembantunya akan membuat perubahan kepada corak perminan kelab. Dan kini semakin hangat diperkatakan bahawa kapten kita Gerrard terpaksa menjalani pembedahan akibat kecederaan lamanya. Namun tiada lagi berita rasmi oleh LFCTV setakat ini. Berkemungkinan esok kelab akan menghebahkan mengenai hal ini lebih lanjut. YNWA




Liverpool : Reina, Carragher, Skrtel, Kyrgiakos, Johnson, Lucas, Poulsen (Carroll), Spearing, Meireles, Kuyt, Cole

lihat highlights disini

comment 3 comments:

eswandyasre on March 11, 2011 at 1:52 PM said...

Hai~sepanjangg pengamatan aku memang Europa League semacam pentas eksperimen bagi KK dalam menguji keserasian team, lagipun toksah risau, semalam seorang uncle cina berkata dengan yakin pada aku "nanti kat Anfield, kita hentam dia 3 bijik !!"

Unknown on March 12, 2011 at 12:11 AM said...

HENTAM JGN X HENTAM!!

RABUN on March 12, 2011 at 1:20 AM said...

dan tolong jagan turunkan poulsen dan cole...dah expired punya player

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger