MATCH Review : Liverpool 3- 1 Man United



Apakah lagi yang boleh diperkatakan, semuanya seakan-akan sempurna. Bila melihatkan corak menyerang dan corak bertahan seakan-akan tidak Nampak sedikit cacat cela. Kemenangan yang boleh diperkatakan sebagai kemenangan cukup sempurna untuk menambah luka United, apabila mereka tewas buat kali kedua dalam masa hanya satu minggu sahaja.


--Kuyt memang memukau--

Jika dilihatkan pada seluruh permainan peluang sememangnya banyak, dengan jaringan hatrik daripada Dirk Kuyt dan juga aksi memukau dari Luis Suarez gandingan mereka memang menunjukkan semakin hari kita Liverpool semakin bagus. Dengan membawa tiga mata berharga dan juga tiga jaringan ini kembali meletakkan Liverpool kekal di tangga ke 6 dalam tahta liga perdana.

--pendapat saya: 4 pemain ini merupakan nadi dalam permainan kali ini--

Bagi saya (penulis) perlawanan ini jelas sekali menunjukkan Kenny Daglish memang individu yang selama ini ditunggu oleh semua peminat Liverpool seantero dunia, dan sejak kehadirannya beliau membawa kembali sinar bahagia kepada kita semua dan secara tidak langsung memberikan harapan kepada penyokong kelab bahawa, “Liverpool is coming back and Liverpool can raise again”.

---mampus ko setan --- wakakakakak !!!!---

Tidak perlu saya ulas segala apa yang terjadi pada perlawanan tersebut, kerana perlawanan memang tampak sentiasa menyebelahi kita Liverpool. Dan juga Nampak pada akhir minit perlawanan separuh masa pertama ketika perlawanan semakin rancak berlaku insiden dimana Jamie Carragher membuat terjahan keras kepada pemain sayap united membuatkan, perlawanan terpaksa dihentikan hamper 3 minit disebabkan insiden yang berlaku. Anway malam ini memang malam yang sempurna .

Thanks kepada semua pemain yang beraksi malam ini, dan juga tidak dilupkan kepada Kenny Daglish dan selamat hari jadi yang ke 60 tahun serta bagi carroll jangan sedih sebab tak score mala mini. Lepas ini banyak lagi perlawanan menanti anda. Dan kepada kawan-kawan yang sudi membawa entri saya kali ini. Terima kasih guys, you all memang terbaik and YNWA.

Liverpool: Reina, Aurelio (Kyrgiakos 24), Carragher, Skrtel, Johnson, Maxi, Lucas, Gerrard, Kuyt, Meireles (Carroll 73), Suarez (Cole 89)

I will watch this over and over again... Suarez you are amazing!!!!


Liverpool v Manchester United
Uploaded by wcphenix. - Discover the latest sports and extreme videos.

Komen Daglish semperna kemenangan bergaya malam ini




komen dari our hatrik hero Dirk kuyt


comment 4 comments:

Unknown on March 7, 2011 at 3:36 AM said...

mmg the best

pokdin on March 7, 2011 at 1:42 PM said...

TERBAIKKK!!

Wan Gerrard on March 7, 2011 at 2:38 PM said...

match terbaik~

RABUN on March 7, 2011 at 6:54 PM said...

kecewa pasal lepas gol kesian last minute tu kalau tak lagi cantik woooo...

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger