MATCH Preview: SC Braga Vs Liverpool



Sedar tak sedar sudah hampir 4 hari sudah berlalu apabila kenangan dan sejarah manis tercipta apabila Liverpool Berjaya menewaskan united ahad lepas. Namun kini, semua itu sudah menjadi sejarah manis kepada seluruh penyokong the reds seluruh dunia. Dan kini kita Liverpool kembali ke tujuan dan matlamat asal kita untuk mengejar dan memburu koleksi Trofi untuk musim ini. Dimana pada awal pagi jumaat ini, pasukan kesayangan kita ini akan terbang ke Portugal untuk menentang Sporting de Braga ataupun lebih dikenali di dalam kalangan peminat Liga Portuguese iaitu S.C. Braga.


---Nampak bersemangat pemain semua--

Jika melihatkan kepada kedudukan dalam tangga liga, kini pasukan S.C. Braga merupakan pasukan yang bukan sebarangan pasukan dimana, pasukan ini kini berada di kedudukan kedua dalam tahta liga di Portuguese. Dan ini pastinya memberikan sedikit persedian rapi oleh Daglish dan seluruh pasukan, demi memastikan hasrat untuk terus mara di peringkat seterusnya dalam saingan Liga Europa pada musim ini.


---Adakah LFC no 9 akan diturunkan?---

Diingatkan menurut sumber, pasukan ini merupakan pasukan yang boleh dikatakan hebat juga kerana. Pada musim ini pasukan ini pernah menewaskan Arsenal FC and Celtic FC 2-0 dan 3-0 rdalam penampilan UEFA Champions League semasa bermain di gelanggang mereka. Hal ini lah yang perlu di dijadikan sebagai ingatan kepada seluruh pemain Liverpool.

Manakala menenai persediaan squad dalam bagi perlawanan kali ini, dikahabarkan oleh web rasmi LFCTV menyatakan bahawa Gerrard tidak akan turut serta dalam perlawanan yang bakal berlangsung di Stadium AXA. Manakala juga terdapat berita menarik bahawa berkemungkinan pemain harapan Kita Andy Carroll juga akan diturunkan dalam aksi kali ini.

BARISAN PILIHAN




Diharapkan pada perlawanan kali ini, The Reds dan semua pemain dapat memberikan aksi yang terbaik bagi memastikan aksi minggu depan semasa bermain di Anfield tekanan tidak memberatkan kepada Liverpool. Dan juga semoga kehadiran carroll dan gandingan Kuyt akan memberikan impak yang besar kepada pasukan .


comment 1 comments:

Wan Gerrard on March 11, 2011 at 1:53 AM said...

carroll mula dari bangku simpanan..Liverpool nak menang 2-0 huhu orait~

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger