Dalglish ditawarkan kontrak 2 tahun





Mungkin bagi seluruh penyokong Liverpool, berita ini merupakan satu berita yang amat mengembirakan bagi kita semua penyokong Liverpool. Dipetik dari laman web espnstar.com menyatakan bahawa Kenny Daglsih kini sedang dalam proses perundingan dengan pemilik Liverpool NESV berkenaan kontrak tetap sebagai pengurus tetap di kelab ini.

Disamping itu, dalam laporan ini juga menyatakan bahawa John L Henry dan Tom Werner sudah bersedia untuk memberikan tanggungjawab ini kepada lagenda Liverpool ini, serta ditambah dengan kontark tersebut, Kenny akan diberi dana tambahan untuk memperkukuhkan squad pada musim perpindahan musim panas akan datang.

Menurut sumber ini juga, menyatakan bahawa proses perundingan kini sedang berjalan , dan bagi saya semoga hal ini akan menjadi kenyataan kerana sejak Daglish mengambil alih squad Liverpool, pasukan ini semakin hari semakin menujukkan perubahan positif.

comment 1 comments:

Wan Gerrard on March 14, 2011 at 9:59 PM said...

terbsik..bagus2 ^_^

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger