United ada hati nak beli Reina



Jujurnya saya memang tidak begitu bimbang mengenai berita yang kini semakin hangat diperkatakan dalam media internet dan dari laman web sukan yang lain. Beritanya adalah kes ataupun boleh juga dilebelkan spekulasi buruk yang sengaja untuk membuatkan web atau blog mereka akan banyak dimasuki pengunjung dari seantero dunia.

Dimanakah kebenaran berita ini, dalam berita ini mengatakan kini penjaga gol dan salah seoarang pemain tunjang bagi Liverpool Pepe Reina dikatakan sedang hangat dengan spekulasi untuk berpindah ke rival sejati dahulu kini dan selamanya, Manchester United.

Dikatakan juga, salah satu sebab mengapa United ingin sangat mendapatkan Reina adalah kerana, pada penghujung musim ini penjaga utama mereka, Edwin van der Sar yang telah menyatakan hasratnya untuk berasa dan mengantung but dan sarung tangannya. Dan harga yang ditawarkan oleh United adalah sekitar £20 juta.

Pada pendapat saya, semua ini hanya spekulasi semata-mata, kerana untuk pengetahuan anda pada musim perpindahan yang lepas United telah membeli penjaga gol baru yang bernama Anders Lindegaard dengan kontrak 3 tahun setengah, dikatakan pemain ini sebelum ini bermain di Aalesunds FC. Yang merupakan kelab yang pernah melahirkan pemain bintang seperti John Arne Riise yang pernah menabur bakti untuk Liverpool pada era tahun 2001–2008 dan pernah menang kejuaran Liga Juara-juara pada tahun 2005 dengan Liverpool.

Ps: Namun segala mungkin bila berkaitan dengan perpindahan pemain, malah Gerrard juga sedang diintai oleh jose mourinho. Hope berita ini adalah khabar angin semata-mata.YNWA Reina. Please don’t go….


masih lagi ingat kata reina, hope dia masih lagi pegang janji dia....

"Obviously, I want to be part of a team that has the chance to win the title, win major trophies and to play with the best players - but I expect that to happen here at Liverpool, and for the club to return itself to that level. I plan to stick with my contract"

sila pergi ke link ini.....

comment 4 comments:

Unknown on February 9, 2011 at 4:15 AM said...

Kalau Reina nak pindah pun, aku tak kisah ler. tp jgn ler g MU. murtad woooo.. ibarat masuk kandang khinzir.

p/s: MU x penah pun bg Liverpool nak beli player dia. tak tau malu ke dia tu.

RABUN on February 9, 2011 at 4:29 AM said...

itu pentingnya kita mengejar spot ke CL, kalau tak mmg ramai lagi beri alasan yang sama...CL...CL hu hu

Tengku Firmino on February 9, 2011 at 1:42 PM said...

mmm...20 juta for Reina? take it and buy another one! who cares..No Reina No Problem..(tapi kene ada pengganti terbaik la..hehe..De Gea ker, Neuer ker..murah kot..buat untung lagi..tak pun Khairul Fahmy..:-)

jilah said...

Kadang2 bengang gak bace berita cam ni(kata citer ni kabar angin, ntah betul ke tak?).Kenapa pemain2 dok bagi alasan yg sama..nak main CL la, nak menang piala2 la...For me, kalau REDS x dpt main kat CL tu ke @ x dpt trofi...korang semua lah yg PATUT BERTANGGUNGJAWAB...korang TAK MAIN BETUL2
ps: Aku dah x percaya cakap pemain2 yg kata tak akan pi kelab lain coz ada contract dgn REDS. Bagi aku kalau any of them nak pergi..pergila..REDS kena cari pemain yg BETUL2 NAK main utk REDS..YNWA!

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger