sandiwa musim perpindahan januari 2010/2011


--Dengan kontrak 5 tahun setengah dan yuran perpindahan 26.5 juta---


Terima kasih kepada yang teramat sangat kepada pemilik Liverpool John W. Henry & Tom Werner (NESV) serta kepada Kenny Daglish dan terutamanya kepada seluruh pemain dan yang paling penting kepada penyokong Reds yang berada di Liverpool.

Musim perpindahan januari 2010/2011, menarik sekali untuk dilakukan dan dikala pasukan seperti Manchester United dan Arsenal sedang membuat proses memperkukuhkan squad yang ada manakala Kita Liverpool sedang bertaruh wang di meja rundingan untuk mendapatkan pemain untuk memperkukuhkan squad yang ada.


--Andy Carroll dengan kontrak 5tahun setengah dengan yuran perpindahan £35 juta--

Bermula dengan perpindahan Ryan Babel yang berpindah ke 1899 Hoffenheim, dan diikuti dengan perpindahan pemain kebangsaan Uruguay, Luis Suarez dan kemudianna diikuti dengan Konchesky menyertai Nottingham Forest secara pinjaman.

Ditambah pula, dengan perpindahan Andy Carroll dengan yuran perpindahan 35 juta .Beginilah, sandiwara musim perpindahan yang dialami oleh Liverpool untuk musim kali ini, dengan seperti kita tahu perpindahan pemain kegilaan peminat Liverpool, Fernando Torres yang menyatakan hasratnya untuk berpindah ke Chelsea.

Namun begitu, kita agak sedikit sedih kerana, perjanjian untuk mendapatkan pemain Blackpool iaitu Charlie Adam itidak berjaya menyertai Liverpool kerana kelab tidak membenarkan hajatnya untuk menyertai Liverpool.

Jika dilihatkan kepada , apa yang berlaku jelas sekali pihak pengurusan dan Kenny Daglish, benar-benar mahu membuat perubahan untuk Liverpool dan membentuk kembali kelab yang telah dirosakkan oleh Tom Hicks dan George Gillett.

Mengenai hal perpindahan Torres pendapat saya, perpindahan beliau ke Chelsea membuktikan bahawa, kelab bukan wujud kerana pemain, tetapi pemain wujud kerana kelab. Dengan kehadiran Luis Suarez dan Andy Carroll pastinya memberikan impak yang besar kepada Liverpool yang kini dibawa kendalian Daglish.

Akhir sekali dari saya, selamat berjaya kepada Suarez dan Andy Carroll dan selamat tinggal Torres, semoga kamu sentiasa sukses di Stamford Bridge semoga kamu temui apa yang dicari disana.

Fakta untuk setakat ini….
Untuk jumlah perbelanjaan rasmi untuk Liverpool, £56juta dapat dari penjualan Torres dan Babel. Ini dan belanja £58juta untuk Suarez & Carroll. Sekaligusnya membutikan hanya £2 juta duit John henry dibelanjakan. Mungkin ini pertanda baik untuk Liverpool berbelanja pada musim perpindahan akan datang.

comment 3 comments:

Anonymous said...

trma ksih byk kpda pmilik bru lvrpool..pmain ini yg kta prlukan skrg.mreka x shebat torres utk mnjaringkn gol cntik.tp mreka mmpunyai pnyudah yg x dpt d tndingi torres.wait n see

Anonymous said...

nanti suruh poulsen patahkan kaki torres masa lwn ahad nanti

BAD on February 1, 2011 at 12:02 PM said...

aku tak rasa pembelian Carrol tu sesuatu yg resonable la...mahal sangat tuh...!!!

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger