MATCH Preview: Liverpool 1-0 Sparta Prague (Agg: 1-0)



Pertama sekali maaf kerana tiada match Preview, kerana sibuk dengan tugasan dan tanggungjawab lain... (penulis)

Jaringan tunggal yang dijaringkan oleh penyerang yang selalu kita lupa kehadirannya dalam padang Dirk Kuyt yang akhirnya memimpin Liverpool kembali menyertai pasukan lain dalam peringkat seterusnya dalam pusingan 16 terakhir Piala Europa pada awal pagi semalam.

Dengan jaringan yang dijaringkan melalui hantaran sepakan sudut yang dilakukan oleh Raul Meireles dan akhirnya disudahkan dengan baik oleh Kuyt pada minit 86 perlawanan. Jika dilihatkan pada keseluruhan perlawanan sememangnya The Reds sudah menguasai perlawanan sejak dari awal minit perlawanan dan perluang terbaik dicipta pada hanya pada minit kedua iaitu pemain Sparta terkena tangan di dalam kotak penalty, tetapi sayangnya pengadil perlawanan tidak melihat aksi tersebut, ini diikuti dengan peluang daripada cubaan Raul Meireles yang menerima hantaran lintang daripada pemain muda kita Martin Kelly pada pertengahan separuh masa pertama.


--Hero yang menyelamatkan Liverpool pagi tadi---

Dalam perlawanan ini juga memberikan peluang kepada joe Cole dan David Ngog bermain sehingga tamat perlawanan, dan juga kita dapat melihat aksi pemain muda hasil daripada akademi Liverpool, Jay Spearing yang nampaknya bermain dengan corak permainan yang baik bagi mengantikan Christian Poulsen yang bermain dengan prestasi yang agak tidak konsisten pada awal pagi tadi.

Pada perlawanan ini juga kita dapat menyaksikan bagaimana Daniel Agger terpaksa dikeluarkan dan digantikan dengan Martin Skrtel kerana Agger mengalami kecederaan pada minit-minit akhir perlawanan. Diharapkan agar kecederaan Agger tidak serius dan dia cepat kembali pulih untuk aksi perlawanan Liga Perdana pula.

Dengan kemenangan ini juga memastikan Liverpool akan turun menentang SC Braga yang kini bermain di Liga Portuguese.




post match video Preview By Daglish

comment 4 comments:

ZAMZAMMILZAIN on February 25, 2011 at 6:03 PM said...

bravo... ynwa

rabunmerah on February 25, 2011 at 11:31 PM said...

Ngog benar2 menyesakan nafas he heee

Darion Daron said...

memang betul ngog
huhuhuh

Wan Gerrard on February 26, 2011 at 12:08 AM said...

huhu menang pun, lama tunggu..

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger