MATCH Preview: Chelsea vs Liverpool



Jikalau dilihatkan dalam mana-mana akhbar, begitu banyak hasil penulisan daripada pelbagai penulis menulis entri berkenaan perlawanan pada yang bekal berlangsung pada ahad ini. Dalam perlawanan ini kemenangan adalah perlu untuk dicapai kera na jika Liverpol menang pada perlawanan ini pastinya mencerahkan peluang pasukan kesayangan Kita untuk mengejar kembali kedudukan dalam tahta Liga Perdana.

Dan juga dalam perlawanan ini juga bakal membuktikan kepada dunia bahawa kita Liverpool tidak memerlukan seorang pemain sahaja untuk memang dalam sesebuah perlawanan, dan saya pasti anda semua tahu siapa gerangan pemain tersebut.?

Jika dilihatkan pada rekod percaturan dan aksi yang dipamerkan oleh squad di bawah pimpinan Kenndy Daglish pada tiga perlawanan sebelum ini menyaksikan Kita telah berjaya memperolehi tiga kemenangan berganda dan dengan rekod perlawanan tanpa bolos. Dengan memperlihatkan rekod ini pastinya memberikan tonik ajaib kepada seluruh pemain dan seluruh pasukan untuk mengekalkan rekod tersebut. Melihatkan kepada sejarah pertemuan Liverpool di Landon (Stanford Bridge), sememangnya tidak memihak kepada Liverpool, kerana dalam 5 perlawanan semasa berlangsung di Stanford Bridge, Liverpool hanya pernah menang pada 26/10/08 iaitu dengan jaringan 1-0.

Namun semua ini hanya sejarah dan tidak perlu dilihatkan lagi, dan begitu juga sejarah Liverpool dan Torres, apa yang penting dalam perlawanan ini pemain yang dipilih dalam perlawanan ini akan bermain dengan All out untuk membolehkan kita menang dan seterusnya membawa Liverpool kembali ke landasan sebenar The Reds yang telah lama kita tinggalkan.

Jika menang pada perlawanan ini, Liverpool akan berjaya naik ke tangga Ke 6 dalam Liga perdana dan membuatkan impian untuk bermain di Liga Juara-Juara musim depan bukan lah satu perkara yang mustahil untuk dicapai dan dikecapai.

Dengan kembalinya Carragher yang baru pulih daripada kecederaan berpanjangan dan prestasi rekod jaringan Meireles yang semakin hari mula menemui sentuhan berbisanya serta ditambah dengan kehadiran Luis Suarez yang telah mencipta debut gol pertama pada perlawanan lepas, nampaknya tidak ada perkara yang perlu dibimbangkan kerana pada perlawanan kali ini, barisan terkuat akan digunakan Cuma kini kita managih konsep strategi yang bakal diperlihatkan oleh pengurus dan lagenda Liverpool, Kenny Daglsih untuk memilih pemain yang benar sesuai dengan konsep corak permainan untuk menentang pasukan pimpinan Carlo Ancelotti. Manakala berita mengenai Andy carroll dilaporkan tidak akan diturunkan dalam perlawanan ini kerana maih lagi bergelut untuk kembali Cergas. Sekian YNWa……




Barisan jangkaan


Liverpool: Reina, Kelly, Carragher, Agger, Johnson, Lucas, Gerrard, Meireles, Aurelio, Kuyt, Suarez,

SUB: Gulacsi, Kyriakos, Skrtel, Rodriguez , Shelvey, Ngog, Poulsen, Wilson.














saksikan video aluan sebelum perlawanan sepak mula


comment 1 comments:

Tengku Sidek on February 5, 2011 at 8:16 PM said...

tertarik untuk melihat jika Kenny akan cuba gunakan formula sama dengan menggunakan 3 centerback sementara johnson dan kelly akan bertindak sebagai wing back..jika suarez diturunkan dan formasi 5-3-2 digunakan, Aurelio akan menjadi mangsa untuk ke bangku simpanan..Namun yang pasti setakat ini..diulangi setakat ini..setiap pemain selesa dengan formasi yang berubah2..nyata satu petanda yang sangat baik..namun stamford bridge bukan lah tempat mudah untuk mencipta kemenangan...seri 1-1 adalah yang paling realistik!!!

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger