Johnson" kiri atau kanan tidak penting"


Menurut berita terbaru yang dinyatakan dalam web rasmi Liverpoolfc.tv menyatakan bahawa Glen Johnson mengatakan bahawa dia kini bersedia untuk bermain dimana sahaja, jika arahan ini diberikan oleh pengurus Liverpool Kenny Daglish.

Hal ini adalah berturutan dengan konsep baru yang diaplikasikan oleh Daglish sejak kembali memimpin Liverpool dalam enam perlawanan dalam Liga Perdana lewat ini.

Tambah Johnson lagi…..

“Apa yang penting bagi saya adalah kemenangan yang diperolehi oleh pasukan, dan jika saya bermain di sebelah pertahanan kiri dan ini akan membantu Reds untuk mendapat kemenangan, saya rela lakukannya”

Disamping itu juga Glen Johnson juga mengakui dengan prestasi terbaik yang dipamerkan oleh Martin Kelly yang semakin hari menunjukkan peningkatan dalam corak perminannya di sebelah pertahanan kanan.

pada pendapat saya(penulis ) inilah yang perlu diperlihatkan oleh semua pemain, dan prestasi pasukan paling penting dan kemenangan adalah perkara pertama dipikirkan oleh semua pemain. YNWA Reds......

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger