Daglish membuatkan kita kembali bermimpi.



Jika diperkatakan mengenai sejarah Kelab dan sejarah individu yang banyak menyumbangkan tenaga dan buah fikirannya sudah pastilah kita kini akan mengingatkan kepada kepada pemain yang pada era 80 an pernah mengegarkan erena pentas bola sepak Liga Perdana dengan kehebatannya dalam permainan semasa dalam padang dan kemudian menjadi pengurus Liverpool dan juga pada masa yang sama menjadi pemain yang beraksi dalam squad Liverpool pada ketika itu.

Semasa era kegemilangannya beliau berjaya menjaringkan 118 gol dalam 355 untuk Liga Perdana. Banyangkanlah dengan keadaan menjadi pengurus dan juga menjadi pemain didalam squad dia juga boleh menjaringkan gol juga. Kini dengan kembalinya Kenny Daglish pada 8 January 2011 sebagai pengurus Liverpool apabila menggantikan Roy Hodgson yang telah dipecat kerana prestasi pasukan yang terumbang-ambing.


---Kelly bakat baru yang berjaya dikenalpasti oleh Daglish---

Pada suatu ketika pada era kendalian Roy seolah-olah perluang untuk Liverpool kembali ke Liga Juara-Juara semakin gelap dan malap, namun sejak kedatangannya pada pada awal januari lepas, banyak perubahan yang telah berlaku dalam pasukan, kini dengan prestasi semasa Liverpool yang telah menang 4 perlawanan dan masih mengekalkan rekod tanpa bolos dalam penampilan pasukan dalam Liga Perdana. Dengan kemenangan terbaru semasa menentang Chelsea, dengan kepintaran dan segala pengalaman yang lalu Daglish berjaya menghasilkan formasi yang pada mulanya tampak merisaukan apabila mengunakan formasi 3-5-2.


---Johnson semakin hari semakin baik Kualiti Permainan---

Secara jujurnya apabila melihatkan formasi ini, saya agak takut dan saya terpikir sejenak apakah yang ingin diperlihatkan oleh Daglish dalam perlawanan tersebut. Tetapi ternyata tangapan saya benar-benar songsang dengan apa yang diperlihatkan oleh corak permainan pasukan. Ternyata dengan tiga orang pemain yang diletakkan pada barisan pertahanan berjaya menyekat kemaraan tiga penyerang terbaik dunia iaitu Torres, Anelka dan Didier Drogba daripada bebas membuat gerakan yang merbahaya dalam kotak penalti pasukan kesayangan kita ini.

Dengan memberikan ruang dan peluang untuk Johnson dan Kelly untuk bergerak bebas kita berjaya membuktikan bahawa formasi ini sesuai untuk menyekat kemaraan The blues dengan formasi diamond mereka. Kini dengan secara tidak langsung kita Liverpool berada di tangga ke enam dalam Tahta liga Perdana dan hanya ketinggalan 6mata dengan Chelsea dan spurs yang berada di tangga kelima dan keempat. Saya yakin dan amat percaya jika momentum ini dapat terus dikekalkan oleh Daglish dan squad kendaliannya. Sudah pastilah angan-angan kita untuk melihat Liverpool kembali beraksi dalam kejohanan liga Juara-juara bukan lagi mimpi sahaja.


--Raul semakin Garang dan semakin membara--

Disamping itu juga, kehadiran Daglish teleh berjaya membuktikan bahawa squad yang ada pada era kendalian Roy adalah squad yang terbaik dan mereka sememangnya layak untuk bermain di Liverpool. Salah satu contoh nya yang terbesar adalah Raul Meireles yang telah berjaya memecahkan dominasi gol peribadinya di Liverpool dan kini Meireles telah berjaya menjaringkan 4 gol dalam 3 perlawanan.


--Pemain penting dalam Squad kendalian Daglish--

Tidak dilupakan juga kepada Martin Kelly dan Glen Johnson yang telah bertukar posisi dan segalanya Nampak tidak mempunyai masalah, malah kini mereka berdua telah menjadi tonggak Liverpool dalam corak serangan Liverpool. Manakala mengenai Lucas Leiva, sejak kendalian Daglish, pemain kelahiran Brazil ini telah banyak berkembang dari aspek kawalan bola dan juga semakin hari, tampak permain ini juga telah dilebelkan oleh peminat sebagai salah seorang tunjang dalam kelangan pemain Liverpool. Hal ini adalah berbeza semasa kendalian Roy, dimana pada ketika itu boleh dikatakan pemain ini selalu dikecam kerana bermain dengan prestasi permainan yang yang buruk. Namun kini semuanya telah berakhir.

Akhir kata dari saya (penulis), terima kasih Kenny Daglish kerana telah mengembalikan senyuman kepada kami peminat Liverpool dan juga kami berharap pada masa akan datang Liverpool terus sukses dan gemilang pada masa akan datang. “King Kenny we all love and trust you” YNWA!!!!!....


Pendapat dari ESPN mengenai Kenny Daglsih

comment 3 comments:

Tengku Firmino on February 8, 2011 at 11:59 PM said...

Most improved player so far were Kelly and Meireless so far..another thing,I still felt that Johnson lebih baik bermain disebelah kanan berbnading kiri tapi yelah..Kelly pun bermain dengan baik..Good to the team.Versatile add extra strength to the team..Tapi yang paling penting, nak tido boleh berangan pasal Liverpool, jumpa kawan2 bleh sembang, pegi keje penuh semangat..cerita bola pun kencang..semuanya OK!!!! YNWA

Darion Daron said...

yela....
memang best dah sekarang ini.
banyak mrk yang selalu kutuk and drop liverpool dah x de modal dah nak kutuk Liverpool.
tapi hope momentum akan dikekelkan semoga matlamat asal untuk ke Liga juara2 menjadi kenyataan
dan 1 lagi nak memang liga europa.
YNWA>>>>we trust you DAGLISH...

jilah said...

in KING KENNY we TRUST..ps: persai perla REDS tak ambik KING KENNY jadi manager awal2..kalau tak, confirm kita mendahului liga la ni..BUT who know kan...kot2 REDS boleh CIPTA MAGIC...bukan no 4 but no 1 (kuatnya aku berangan..haha) YNWA!

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger