Angan –angan Mourinho nak dapatkan Gerrard




Walaupun kebenaran berita ini, tidak diketahui kebenaranya , tetapi kemungkinannya tetap ada. Pada hari dalam web espnstar yang mengatakan kini pengurus Real Madrid,Jose Mourinho dikatakan sedang merancang dan merisik untuk mendapatkan kapten fantastik kita Steven Gerrard untuk bermain di Santiago Bernabéu.

Jika dilihatkan kepada rekod terdahulu dimana semasa Mourinho berada di Chelsea lagi, pengurus kelahiran portugal ini berminat untuk mendapatkan kapten kesayangan kita ini. Hal ini juga telah diperakui oleh media The People, untuk lancarkan serangan bidaan untuk mendapatkan Gerrard dan harga yang ditawarkan kepada pemain kesayangan kita ini adalah sekitar £ 25 juta.

Secara optimisnya saya (penulis) tidak takut dengan bidaan ini, kerana kini dibawah kendalian pemilik baru yang diterajui oleh John Henry dan juga sejak hadirnya Kenny daglish keadaan dan suasana di Liverpool telah berubah dan pastinya jika benar tawaran ini dibuat pastinya gerrard akan menolak tawaran ini. Hal ini adalah kerana Gerrard dan Liverpool tidak mungkin dipisahkan kerana bak kata P Ramle dulu” Irama dan lagu tak boleh dipisahkan. Jika dipisahkan, pincanglah lagu, rosaklah seni”

Begitu juga lah Gerrard dan Liverpool, kerana Liverpool sentiasa berharap dengan Gerrard kerana dia adalah pemain yang benar-benar boleh diibaratkan sebagai tunjang Liverpool” YNWA

comment 1 comments:

Unknown on February 7, 2011 at 9:23 PM said...

mourinho ni x prnh serik2. harap gerrard x ikut prangai pembelot. huhuhu

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger