Pujian dari Daglish kepada Meireles



Berkata kepada web rasmi Liverpoolfc.tv, Kenny Dalglish percaya bahawa Raul Meireles mulai menunjukkan kehebatannya, kerana dia merupakan salah seorang pemain tengah yang berbakat di peringkat Eropah.

Bekas pemain FC Porto, mula menjaringakan gol yang pertama untuk The Reds pada perlawanan menentang Everton dan sekali lagi dia menjaringkan gol cantik pada perlawanan menentang Wolves semalam, yang menyaksikan perlawanan berkesudahan dengan Liverpool menang 3-0.

Pengurus Liverpool berkata bahawa, kini tiba masanya potensi sebenar Meireles dapat dipamerkan dalam sedikit masa lagi. Dan semakin hari, pemain kebangsaan portugal ini tampak semakin serasi dengan corak permainan di Liga Perdana English.

Tambah Kenny Daglish lagi....

“pada perlawanan hari rabu ini, kami akan menerima kunjugan Fulham di Anfield dan dengan kembalinya Kapten pasukan, Gerrrad akan kembali melancarkan jentera serangan, ditambah pula dengan sentuhan dan hantaran cantik daripada Meireles, sekaligus memgukuhkan aspek serangan pasukan”

“saya yakin dia akan terus menjaringkan gol untuk Liverpool dan prestasinya akan meningkat lagi dari masa ke semasa”

Pada pendapat saya(penulis) dengan hadirnya Meireles, Torres dan Gerrard, sekaligus mengukuhkan aspek serangan Liverpool kini dan sekaligus membolehkan tiga orang pemain dapat diletakkan sebagai penjaring untuk pasukan. Hal ini akan memberikan lebih banyak peluang kepada pasukan untuk menjaringkan gol dalam perlawanan.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger