Kelly anggap Glen sebagai contoh untuknya


Dalam kegairahan spekulasi perpindahan yang semakin bertiup kencang dalam web sukan kini mengenai kempen perpindahan permain yang berkaitan dengan Liverpool. Pada hari ini Martin Kelly bercakap kepada web rasmi LFCTV, bahawa dia terhutang budi kepada Glen Johnson yang juga pemain kebangsaan England.

Dalam laporan yang dipetik dari LFCTV menyatakan Kelly merasakan Johnson banyak membantunya untuk berkembang maju dan sekaligus mendapatkan tempat dalam pemain Reguler untuk Liverpool.

Anak jati kelahiran England ini, semakin mendapat perhatian Kenny Daglish dan mendapat kepercayaan untuk mengalas cabaran sebagai pemain utama dalam squad kendalian beliau. Penampilanya semasa bermain menentang United di dalam kempen Piala FA yang lepas telah membuka mata ramai pihak terutamanya dari penyokong pasukan bahawa dia layak untuk diberi peliang untuk bermain sebaris dengan nama-nama besar dalam squad Liverpool.

Tambah Kelly lagi….

“saya sangat beruntung, kerana diberi peluang oleh Pengurus untuk bermain di posisi yang ditinggalkan oleh Johnson, kerana semasa berlangsungnya perlawanan menentang United, pada hari itu Glen Johnson tidak bermain akibat pasangannya akan melahirkan anak mereka”

“ saya pikir saya harus berterima kasih kepada bayi tersebut”

“manakala dalam sesi latihan Glen telah membantu dengan baik bagi dengan memberikan tunjuk ajar kepada saya”.

“Dalam perlawanan menentang United dan everton adalah perlawanan terbesar pernah saya sertai dan saya gembira dengan itu”


---jadikan Carragher sebagai contoh untuk terus maju---

Pada pendapat saya (penulis), teruskan usaha Kelly dan cuba perbaiki kelemahan yang ada, dan saya pasti dengan kebolehan yang dimiliki oleh anak muda ini, pastinya kita akan melahirkan seorang pemain pertahanan yang kental seperti mantan kapten kita, Jamie Carragher yang telah banyak menabur bakti dan tenaganya kepada Liverpool sejak bergelar pemain Liverpool bermula pada tahun 1999.

comment 1 comments:

Tengku Sidek on January 20, 2011 at 2:03 PM said...

kelly - next jamie carragher!!!

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger