Ian Holloway puji pengurus kita


Menurut sumber dari Liverpoolfc.tv, pengurus Blackpool, Ian Holloway mengatakan bahawa Alex Ferguson masih memiliki jalan panjang untuk mengatasi Liverpool.

Tambah Ian Holloway lagi…..

Tiada kelab yang mampu menandingi sokongan yang padu daripada peminat seperti yang diperlihatkan oleh penyokong Liverpool, dan juga tradisi yang diamalkan oleh The Reds amat mempengaruhi suasana yang tidak dapat dibandingkan pada kelab lain.

‘kita boleh lihat, sebelum permainan bermula, kita akan terdengar nyanyian lagu "You'll Never Walk Alone" yang bergema yang dinyanyikan oleh penyokong, dan disini kita boleh lihat bagaimana kuatnya semangat penyokong kepada kelab”

Disamping itu pengurus The Seasiders ini turut memuji, pengurus dan lagenda Liverpool, Kenny Dalglish, yang merupakan pemain dan pengurus yang hebat dalam penglibatannya dalam sukan bola sepak.

“Semasa zaman kegemilangan beliau, bergelar sebagai pemain di amat hebat dan mengkagumkan dalam padang, dan sangat teruja apabila melihatnya beraksi di padang pada ketika dahulu”

“dia merupakan seoarang yang hebat, jika diberi peluang saya ingin berkerja bersama beliau”


---lihat sini komen Ian Holloway---

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger